Bolehkah Wanita Hebat Menikah Lelaki Miskin, Ini Yang Netizen Bincangkan


Pertama sekali, tidak lain dan tidak bukan dengan apa yang dimaksudkan sebagai 'wanita hebat' ini pastinya wanita yang berjawatan tinggi atau wanita yang mempunyai empayar bisnes yang besar dan sangat berkemampuan tanpa perlukan bantuan daripada lelaki.

Tambahan lagi, dalam perkahwinan rata-rata kita tahu wanita sangat berdedikasi dalam hal kekeluargaan. Merekalah yang sanggup dalam membesarkan keluarga dengan baik, merekalah yang banyak meluangkan masa untuk mendidik anak-anak, berdamping dengan anak-anak, mengambil tahu segala hal yang berlaku dalam keluarganya.

Kembali pada topik yang dibincangkan, wanita hebat tidak akan pernah takut menikah dengan lelaki miskin. Dalam konteks lelaki miskin ini terlalu subjektif, setiap insan ini mempunyai karakter yang berbeza. Ada manusia yang rajin ada yang malas, ada yang bernasib baik ada yang tidak.

Seorang pengguna twitter dengan nama @syahizaq telah mengeluarkan satu gambar yang mempunyai quote untuk dibincangkan. Apa yang telah dibincangkan oleh orang lain?


Tak takut dengan kemiskinin, lebih takut pada yang tidak berusaha.



Buang mentaliti lelaki ketua dalam rumah?



Tidak bersetuju dengan menikah lelaki miskin



Juga tidak takut dengan yang berusaha untuk lebih senang



Formula mudah memilih lelaki. 




Pandangan dari pengendali kaunseling perkahwinan



Lelaki tidak patut biarkan wanitanya miskin



Tak akan berkesan?




Biar sama taraf



Memetik pada kata-kata dari pengendali kaunseling berkaitan hal sekufu, apa yang dimaksudkannya?

Persoalan ini pernah dijawab oleh mufti Wilayah Perseketuan di sini dengan berkata sekufu atau kesepadanan dalam bahasa Arab disebut dengan kafa'ah. Dari segi bahasa, kafa'ah ini bermaksud sama atau seimbang.

Mereka juga merujuk kepada pengarang kitab al-Fiqh al-Manhaji ketika membincangkan berkenaan memilih pasangan yang sekufu', menyatakan: Kufu' bermaksud persamaan taraf lelaki dan perempuan dari beberapa aspek, iaitu:

1. Agama dan kesolehan
2. Pekerjaan.
3. Tidak cacat.


Agama Dan Kesolehan

Seorang lelaki yang fasiq tidak sama dengan perempuan yang solehah. Hal ini berdasarkan kepada firman Allah SWT:

أَفَمَن كَانَ مُؤْمِنًا كَمَن كَانَ فَاسِقًا ۚ لَّا يَسْتَوُونَ

Maksudnya: Apakah orang-orang beriman itu sama dengan orang-orang yang fasiq? Mereka tidak sama.

Surah al-Sajadah (18)

Menurut Mufti Wilayah Perseketuan, dalam agama, kita perlu membezakan mereka yang belajar agama dengan orang yang beragama. Sedangkan yang belajar agama sudah tentu mempunyai ilmu dan kefahaman yang baik, namun tidak diamalkannya. Apa yang perlu adalah dengan mencari pasangan yang mematahui dan ianya lebih baik jika mempunyai kefahaman agama serta ilmunya.


Pekerjaan

Pekerjaan ini terbahagi kepada taraf rendah dan tinggi. Antara contoh pekerjaan bertaraf rendah ialah tukang sapu, tukang bekam, pengembala ternakan, pencuci tandas dan sebagainya. Disamping itu, pekerjaan bertaraf tinggi pula seperti ilmuan hakim atau ahli perniagaan.

Namun pekerjaan juga boleh terbahagi kepada dua konteks yang berbeza. Ada yang mulia tetapi tidak kaya. Ada pula yang nampak biasa namun mampu menghasilkan jutaan ringgit.

Tidak Cacat

Pasangan berhak memilih untuk fasakh perkahwinannya jika mempunyai kecacatan.

Kecacatan terbahagi kepada dua. Pertama lebih kepada perkara yang mengaibkan, seperti, HiV, Aids, kusta, gila dan lain-lain.

Perkara seperti ini sebaik-baiknya dielakkan melainkan wujud persetujuan dan kefahaman yang jelas.

Kedua, kecacatan yang kecil seperti cacat sebahagian anggota namun kefungsian masih ada.

Yang ini pula tidaklah menjadi penghalang dalam membina dan melayari bahter kehidupan dengan sebaiknya. Kadang ada pasangan seperti ini jauh lebih baik dari yang sempurna sifatnya.

Bagi pandangan Mufti Wilayahh Perseketuan dalam hal kufu ini mereka menyatakan apa yang paling penting dalam memahami sekufu' adalah lebih kepada pasangan itu sendiri.

Sebagai contoh, dua pelajar yang bergraduasi dari universiti sedangkan antara dua keluarga mungkin terdapat perbezaan taraf. Tetapi, wujud antara dua pelajar tersebut sifat keserasian serta perasaan tolak ansur yang begitu tinggi antara keduanya. Maka hal seperti ini boleh dipertimbangkan.

Dalam memilih pasangan hidup, biarlah menilai secara mendalam dengan siapa kita mahu kahwini itu. Semoga dalam keputusan yang diambil, diaruskan sekali dengan keberkatan Allah dan kebahagian berpanjangan.