
Setiap orang pastinya memiliki telefon bimbit sendiri. Walhal budak-budak yang masih sekolah juga memilikinya kerana ibu bapa risaukan lokasi mereka tidak diketahui kelak.
Mempunyai telefon bimbit ini setiap kita ada tujuannya yang tersendiri. Ya dengan memiliki telefon bimbit ini sudah tentu tujuan asalnya untuk lebih mudah dihubungi antara satu sama lain. Namun, pengalamannya berbeza bagi setiap individu.
Ada golongan individu yang melaluinya dengan mendapat panggilan tidak diketahui terlalu kerap, ada setengah individu pula tidak langsung mendapat panggilan daripada sesiapa.
Namun, bagi pengguna twitter bernama @myjoe_ ini, beliau persoalkan mengapa perlu silence kan phone sedang ia membuatkan sesetengah panggilan pastinya sukar untuk menyambung panggilan. Seterusnya sehingga menyusahkan orang lain jika ianya berkaitan hal-hal mustahak atau pun mungkin panggilan tersebut sebenarnya atas dasar kecemasan.
Tambahnya lagi, yang paling tak boleh faham jenis setengah individu yang menggunakan alasan sebagai "aku kalau no tak kenal, aku tak angkat phone".
Persoalannya mendapat respon dari pihak netizen dan rata-ratanya mempunyai pandangan yang berbeza. Ada yang bersetuju dengan persoalan tersebut ada juga yang menganggap ia bergantung pada individu itu tersendiri. Tidak perlu untuk diperbandingkan.
Tetap angkat kalau 2 3 kali call
Menyusahkan orang lain
Tak perlu faham
Biasanya orang macam ni berhutang?
Panggilan untuk interview terlepas
Bergantung pada individu
Kenal orang perangai macam ni
Hidup zaman batu ke tak angkat phone
Mengikut kepada ketelitian yang lebih tentang gambar perkongsian pengguna twitter tersebut, adalah berkaitan salah satu kelebihan yang boleh diguna oleh pengguna iPhone dimana mereka boleh meletakkan telefon mereka sebagai auto silence untuk panggilan yang tidak dikenali.

Jika berkaitan ini, pastilah ia sesuatu yang perlu dibahaskan berkenaan keperluan untuk menjawab panggilan kerana pastinya mereka yang meletakkan sebagai mode silence tidak akan perasan ada panggilan yang mereka sendiri tidak tahu berkenaan apa tujuaan panggilan tersebut.
Bagi korang, apa pandangan korang tentang individu yang bertindak sedemikian. Tinggalkan pandangan korang di post media sosial kami.