Kongsi Video Pearls Bubble Tea Jadi Keras, Ini Jawapan Balas Dari Tealive


Seorang pengguna Twitter @AqilRasid telah berkongsi satu video yang memaparkan dua orang remaja yang bercerita tentang mereka sedang menikmati minuman Tealive. Kemudian menuang air tersebut termasuk Tapioca Pearls untuk diberi minum pada kucing tersebut.


Namun kucing tersebut tidak memakan pearls tersebut. Mereka kemudian datang kembali ditempat yang sama pada esoknya dan hairan mengapa tukang sapu tidak membersihkan kotoran tersebut.

Pearls tersebut telah pun keras dibawah cahaya matahari dan menjawab persoalan mereka. Mereka juga mempersoalkan pada semua peminat minuman dan menegur mungkin seperti itulah jadinya apabila ia diminum masuk ke dalam perut kita.

"So, kau rasa nak bertaubat tak nak minum lagi?" Tanya salah seorang dari mereka.

"Aku bertaubat dah." Jawab balas dari rakannya.
Menyedarkan akan video yang viral tersebut, Tealive telah mengeluarkan satu kenyataan balas dengan memaklumkan bahawa Pearls tersebut akan mengembang dan berbentuk jeli apabila diserap air.

Pendedahan terhadap haba yang tinggi boleh mengakibatkan pearls tersebut untuk menyejat dan menjadi keras.

Perkara seperti ini juga boleh terjadi kepada makanan lain yang kita biasa makan. Contohnya nasi dan pasta.


Hmm, macam mana? Korang rasa nak minum lagi tak? hehehe.