Mcd Mcshaker Tempat Korang Ada Lagi Tak, Ada Orang Kongsi Cara Buat Sendiri


Mcd McShaker pada 20 September lepas baru sahaja dipromosi dan ianya mendapat sambutan yang sangat hebat. Mana tidaknya apabila serbuk perasa ini memberikan kelainan nafsu makanan yang semakin berselera setelah anda meratah menu berat mereka seperti burger ataupun ayam.


Okay guruan sahaja.

Siapa lagi yang tidak sempat merasa Mcd Mcshaker? Siapa lagi yang datang Mcdonald semata nak rasa Mcd Mcshaker tapi dapat berita tak menyenangkan.

Admin pun dapat merasa sekali sahaja selepas viral Mcshaker baru keluar. Bila nak rasa lagi terus tak sempat.


Korang kalau yang tak sempat, jangan bersedih, ramai lagi orang yang tak berkesempatan. Meh admin kongsi kawan-kawan kita yang turut sama kecewa.

Jangan give up lagi, maybe dorang nak banyakkan keluaran lagi tu


Kesian you, I dah, tapi nak lagi.


Kat Melaka pun habis gais


Hello, mekdi kat sini pun habis


Ramaikan macam ni? tsk tsk tsk..


Dekat Puncak Alam pun gais..


Yedow, cetan betul.


Lagi yang tak berkesempatan.


Satu untuk saya jugaaaaaa


Terlalu ramai yang kongsi tentang kehabisan stok Mcd Mcshaker ini. Namun, berita baiknya..

Terdapat seorang pengguna di Facebook telah berkongsi satu cara mudah bagaimana korang boleh buat sendiri serbuk mcshaker ni. Mana tau boleh buat hilang mengidam tu.

Admin pun tak pernah try, meh nak kongsi dulu dengan korang.

Resepi yang ini dikongsikan oleh Rayyan Raaniya dan antara bahan-bahan yang digunakan ialah:
1) FunFries
2) Gula Halus
3) Serbuk Perasa
4) Serbuk Cili
5) Paper Bag

Bahan-bahannya



Rujukannya nak sama macam ni tsk tsk..


Jadi kalau nak sama, korang kena guna paper bag tadi, contengkan bagi ada corak yang sama. Ada juga la sedikit aura selera dia datang. heheheh


Okay, cara untuk menyediakan pula:

1)Goreng fries sehingga garing dan tos kan minyak, kemudian ketepikan fries tadi.

2) Gula 2 sudu + serbuk perasa 1 sudu + serbuk cili 1 sudu = gaul-gaulkan bersama. Katanya lagi ikut korang la nak pedas mana.

3) Ambil paper bag, masukkan fries kemudian masukkan juga bahan tadi. Ala buat macam mcshaker tu ler.

4) Part baling best, korang shake shake kan dia.

Itu sahaja tipsnya, selamat mencuba gais.