Selepas Zachking, Sofyank96 Bertemu Pula Dengan Will Smith!


Julai lalju Mohamad Sofian atau nama samarannya di Instagram sofyank96, mendapat jemputan untuk bertemu bersama idolanya, Zachking. Zachking teruja melihat kebolehan Sofian yang mampu menggunakan skill editingnya dalam membuat video trik silap mata.

Sofian juga antara pemuda yang memiliki idea kreatif dalam menyediakan video dan sehingga kini telah mempunyai jumlah pengikut di Instagram sehingga seramai 324,000 orang.

Bakatnya tidak berakhir disitu apabila hasil videonya itu juga mendapat perhatian sehingga ke Hollywood. Sebelum ini beliau pernah memuatnaik satu video yang mengajak pengikutnya untuk meneka siapa lukisan kartun yang tertera kerana beliau bakal berkolaborasi dengannya.


Tidak lain tidak bukan, dalam lukisan kartun tersebut pastinya dikenali ramai orang kerana beliau adalah pelakon yang terkenal di Hollywood, Will Smith.

Sofian telah berangkat ke Budapest untuk bertemu dengan Will Smith dan di sana beliau juga akan membuat pengambaran bersama Will Smith untuk konten video trik silap matanya.

Katanya lagi, kehadiran beliau ke Budapest ditaja oleh United International Pictures Malaysia dan Era.