Waktu mana yang lebih sesuai untuk makan buah. Perkongsian dari Dr. Abdul Rahim


Sudah menjadi kebiasaan setiap majlis-majlis atau hidangan keluarga menyajikan buah-buahan sebagai pencuci mulut.

Ramai juga diantara kita yang menjadikan buah sebagai manu penting dalam mengamalkan pemakanan yang sihat.

Namun begitu, anda perlu tahu kuantiti dan masa yang sesuai untuk memakan buah supaya ia memberi kebaikan pada tubuh badan.

Kalau anda biasa hadir ke majlis makan di hotel atau majlis kenduri kahwin, mula-mula waiter serve makanan pembuka yang manis seperti kek dan coklat. Selepas itu hidangan utama seperti nasi berlauk dan akhir sekali manu dessert seperti buah tembikai atau puding.


Macam yang Dr.Abdul Rahim katakan, "Orang kita ini sudah terbalik dan amalan makan buah sebagai pencuci mulut sudahpun diamalkan secara turun-temurun, hingga sukar untuk diubah."

Cara pemakanan seperti ini adalah salah. Buah-buahan sesuai diambil ketika perut kosong kerana didapati enzim untuk serap nutrisi buah amat tinggi dalam organ pencernaan, perut dan usus. Anda akan mendapat manfaat yang terbaik dan lepas tu jika makanan berat masuk, makanan akan dicerna dengan lebih baik dan berkesan. Mengikut kajian, pengambilan buah yang terbaik adalah pada 20 minit hingga 1 jam sebelum ambil makanan berat seperti nasi.

Ujarnya, buah-buahan lebih baik dimakan ketika perut kosong atau sebelum waktu menjamah hidangan utama kerana waktu tersebut perut mudah dapat meresap semua nutrisi sekaligus mendapat manfaat optimum daripada buah-buahan.


Jadi kalau anda nak makan buah, waktu yang terbaik adalah semasa awal pagi ketika perut kosong, iaitu sebelum waktu sarapan, atau masa antara sarapan dan makan tengahari.

Kalau anda ambil buah ini serentak dengan makanan berat. Ia perlukan masa yang banyak untuk dicerna, dan menyebabkan banyak nutrisi penting dari buah tersebut akan terbuang begitu sahaja.

Makan buah selepas makan berat hanya akan menyebabkan penyerapan zat jadi lebih lambat, antaranya perut akan terasa sebu, pedih ulu hati atau tidak keselesaan. Kesannya yang lebih teruk seperti cirit-birit dan sakit perut.

Oleh itu, jom tukar mind set kita dalam mengatur waktu yang betul untuk memakan buah agar kita mendapat manfaat dari khasiat buah-buahan.

Sumber : Dr. Abdul Rahim