Apa Penyebab Malas. Mengatasinya Dengan Cara Yang Mudah


Tidak ada seorang pun di dunia ini yang mampu mengelak dari rasa malas. Walaupun anda seorang yang rajin dan aktif, pasti ada ketika anda akan terasa malas untuk melakukan sesuatu.

Jadi, bagaimana jika mula terasa malas? Tidak ada jalan lain kecuali melawan rasa malas tersebut dan mengelak jauh-jauh dari fikiran anda.

Bagaimana caranya? Berikut ada beberapa cara yang berkesan membantu anda menghilangkan rasa malas bekerja.


1. Jangan Pernah Menangguh/Menunda
Ini adalah perkara yang biasa tapi kerap kali diabaikan. Kebiasaan punca malas disebabkan oleh kita sering menangguh untuk menyelesaikan suatu tugasan atau pekerjaan.

Jika anda mula menangguhkan suatu perkara, maka ini turut akan mendorong diri anda untuk terus malas. Semakin ditangguh akan semakin kuat perasaan malas itu kerana tugasan akan bertambah.

Oleh itu, percepatkan tugasan yang anda perlu lakukan. Jangan dibiarkan berlarutan sehingga membebankan anda. Dengan menyelesaikan pekerjaan pada waktu yang tepat, ia akan membuatkan anda rasa lebih mudah untuk menyelesaikan tugasan yang selebihnya.


2. Ukur Kemampuan Diri Sendiri
Hanya anda yang tahu tahap kemampuan diri anda yang sebenarnya. Lihat berapa lama masa yang diperlukan untuk menyelesaikan suatu tugasan. Letakkan target masa yang diperlukan dan cuba selesaikan dalam masa yang ditetapkan tanpa gangguan hal lain.

Jika tugasan dapat diselesaikan mengikut target anda maka ia akan memudahkan anda untuk menghilangkan rasa malas.


3. Senarai Tugasan (To Do List)
Catitkan aktiviti dan tugasan harian anda dalam nota kecil atau 'sticky notes' dan tampal di dalam bilik atau di tempat kerja bagi memudahkan anda mengasing tugasaan yang lebih utama.

Di smartphone juga terdapat banyak aplikasi yang dapat membantu anda membuat senarai harian. Bezakan mana tugasan yang lebih utama dan penting untuk dilakukan dan mana tugasan yang anda boleh buat kemudian.

Dengan membuat perancangan seperti ini, ia mampu menghilangkan bebanan di kepala yang menyebabkan anda rasa malas. Kerana anda akan rasa tidak keliru dan terpaksa untuk melakukannya.


4. Kawal Selera Makan
Jangan kerana makanan sedap atau kerana lapar membuatkan anda makan sehingga kenyang. Makanan segera juga akan membuatkan anda berasa malas. Contoh seperti mee segera yang mengambil masa lama untuk dicerna dan hadam.

Percaya atau tidak, tubuh perlu masa yang lama untuk mencerna mee segera, ia akan menyebabkan anda berasa malas  dan penat untuk melakukan suatu aktiviti dan tugasan.

Terlalu kenyang juga adalah punca membuatkan seseorang individu itu menjadi malas. Malas bergerak dan malas berfikir.

Oleh itu, jangan makan terlalu kenyang. Aturlah waktu makan yang betul dan jangan makan sampai berlebihan. Makanlah sebelum anda lapar, berhentilah sebelum anda kenyang.


5. Biasakan Bangun Pagi
Cara lain menghilangkan rasa malas adalah dengan membiasakan diri bangun pagi. Dengan terbiasa bangun pagi, tubuh akan berasa lebih segar dan bersemangat. Waktu bekerja juga akan jadi lebih seronok dan produktif.

Tidak lupa juga untuk sarapan setelah bangun tidur dan mandi pagi. Kerana sarapan yang cukup akan membantu anda lebih fokus dalam menyelesaikan pekerjaan dari pagi sehingga tiba waktu makan tengahari.

Untuk mendapatkan waktu tidur yang cukup, anda sudah pasti tidak boleh berjaga sehingga lewat malam dan anda perlu tidur seawal pukul 10 malam. Orang dewasa memerlukan waktu tidur lengkap selama 6 jam dan 8jam waktu tidur bagi kanak-kanak.


6. Dengarkan Musik Yang Ceria
Mendengarkan musik juga menjadi salah satu cara mengatasi rasa malas. Elakkan mendengar musik yang slow dan mendayu-dayu yang akan membuatkan anda rasa malas dan nak tidur. Tapi musik dengan irama yang rancak akan membuat mood anda lebih cergas dan bersedia.

Teringat pula pada lagu Gemuruh yang dinyayikan oleh Faizal Tahir yang biasa dimainkan untuk program orientasi. Mendengarkan musik seperti ini di pagi hari akan memberi semangat untuk anda bekerja dengan baik sepanjang hari.


7. Waktu rehat yang mencukupi
Penat menjadi alasan yang biasa digunakan bila seseorang berasa malas untuk melakukan sesuatu. Ketika tubuh badan anda letih, semangat untuk melakukan suatu menjadi luntur. Yang tinggal hanyalah rasa untuk berehat dan santai.

Kerana itu, untuk menghilangkan rasa malas akibat badan yang letih, jangan paksa tubuh anda bekerja lebih waktu. Mendapatkan waktu rehat yang cukup. Terutama pada waktu malam.

Namun, jangan pula sampai rehat yang berlebihan. Rehat yang berlebihan akan membuat anda bertambah malas dan lesu.


8. Bersenam
Bersenam secara rutin di pagi hari mampu melancarkan pengaliran darah dalam tubuh badan, Metabolisma badan juga akan meningkat. Dengan bersenam, fikiran anda juga akan lebih positif untuk melakukan sesuatu.

Tapi janganlah buat dengan cara yang mendadak atau berlebihan 'over the limit'. Bermula dengan senaman yang ringan setiap hari dan jadikan senaman sebagai rutin pada waktu pagi sebelum memulakan kerja harian.

Melakukan senamam ringan di luar rumah seperti di taman atau di tepi tasik untuk mendapatkan mood yang baik dan aura positif.

Rasa malas adalah perkara biasa yang dialami oleh semua orang. Tapi bukan bermakna anda boleh membiarkan diri dilanda rasa malas terus menerus. Cuba untuk terapkan cara-cara di atas untuk menghilangkan rasa malas bekerja. Dan anda akan dapat rasa perbezaannya.