Bila Pekena Makanan Pedas Barulah Ada Kick. Kebaikan Makanan Pedas.


Masaklah atau hidangkanlah apa jua makanan pasti sebagai rakyat Malaysia akan meminta “cili potong, sambal atau sos pedas” sebagai tambahan.

Ini kerana makanan pedas boleh menambahkan lagi kepuasan dan melengkapkan sajian harian yang dimakan oleh seorang rakyat Malaysia.

Kalau tak ada yang pedas-pedas sudah seperti putus selera makan. Rempah ratus, cili dan sos pedas antara ramuan dalam menghasilkan hidangan pedas yang membuatkan kita semua jadi ketagih. Masih ramai lagi yang tidak tahu, makanan pedas juga antara satu cara pemakanan yang sihat.

Ada kajian yang mengatakan makanan pedas mampu merawat simtom demam dan melawan sel-sel berbahaya kanser. Selain itu, orang yang gemar makan makanan pedas juga akan hidup lebih lama dan sukar jatuh sakit.


Ia bukan hanya sekadar penambah rasa pada masakan anda tapi juga memberi pelbagai faedah kesihatan. Terdapat 5 manfaat makanan pedas kepada kesihatan tubuh badan.

Melancarkan Tekanan Darah
Vitamin A dan C berfungsi untuk menguatkan dinding otot manakala rasa panas haba dari cili pula mampu melancarkan perjalanan darah dalam badan. Kitaran ini menguatkan sistem kardiovaskular.

Mengawal mood
Makanan pedas antara yang terbaik menghasilkan hormon baik, dipanggil serotonin. Ia membantu melegakan dan mengawal tekanan dan depresi.


Menurunkan berat badan
Komponen yang dipanggil capsaicin didalam cili yang memberi rasa pedas dan hangat. Sekaligus membuatkan anda rasa berpeluh dan menariknya ia juga membakar kalori.

Mengurangkan risiko kanser
Menurut dari laporan American Association for Cancer, capsaicin mampu membunuh sel kanser dan leukemia. Dalam makmal uji kaji menunjukkan rempah dari kunyit mempunyai tinggi antioksida sebagai mengurangkan risiko kanser.

Meningkatkan fungsi jantung
Kajian mendapati mereka yang gemar makan makanan pedas risiko untuk mendapat serangan sakit jantung sangar rendah. Ini kerana cili dapat mengurangkan kolesterol dalam darah dan meningkatkan fungsi jantung.


Namun jaga-jaga! Jangan makan pedas secara berlebihan pula. Makan makanan pedas secara berlebihan atau masa perut kosong boleh menyebabkan kesan reaksi berasid di dalam perut dan mungkin juga akan mengakibatkan perut berasa pedih.

Ia sekaligus akan terus menghilangkan rasa kepuasan makanan pedas itu.