Hanya Dengan Message Tersalah Hantar, Lelaki Kongsi Cerita Duit Dari Bank Dicuri

Views

Sentiasalah berhati-hati dalam aktiviti harian lebih-lebih lagi bila korang berinteraksi dengan orang yang tidak dikenali. Kegiatan scammer di negara ini semakin menjadi-jadi. Ada sahaja cara mereka untuk mendapatkan duit dengan cara yang mudah.

Bermula dengan taktik jualan murah sehingga ke taktik panggilan palsu. Pada 28 Septmber, ada seorang pengguna Facebook telah berkongsi satu cerita tentang bagaimana scammer mampu untuk mendapatkan duit dengan berpura-pura message melalui whatsapp meminta nombor OTP untuk diberikan padanya. Walaupun nombor OTP itu benar-benar dihantar ke telefon dan tidak diberi pada scammer, namun scammer tersebut tetap peroleh nombor itu dengan cara yang tidak diketahui.

Berikut adalah sedikit rumusan tentang perkongsian cerita daripada Jonatahan Sidi yang telah diperdaya scammer sehingga kerugian mencecah ribuan ringgit dengan taktik tersebut.


Scene 1

1. Saya terima beberapa panggilan dari 017 813 5084 . Panggilan tidak dijawab.

2. 017 813 5084 ( scammer ) hantar WhatsApp. Saya buka. Ada beberapa screen shoot / gambar SMS OTP yang telah dibuat.

3. Scammer meminta no OTP tersebut kerana isteri tersalah hantar. Saya tidak beri OTP. Scammer hantar gambar kad pengenalan beliau dan video yang menunjukan no akaun beliau untuk menyakinkan saya.

4. Dalam masa yang sama beberapa SMS dari 63633 masuk ke hp saya sewaktu kami masih berbalas WhatsApp. SMS tersebut adalah beberapa OTP untuk kebenaran pengeluaran dan pengesahan device. Saya sudah agak dia adalah scammer. Tiada OTP diberikan.

5. Scammer hantar lagi beberapa gambar SMS OTP ke WhatsApp saya . Saya tidak memberi OTP.

6. Terima SMS dari 63633 yang menyatakan pengeluaran duit telah berjaya dibuat ke salah satu akaun Favourite List saya.

7. Waktu tersebut saya baru tersedar telah enggage dengan scammer di WhatsApp = hampir satu jam.

8. Saya hubungi Customer Service hotline. Sah = pengeluaran tersebut telah berjaya dipindahkan ke salah satu Favourite List saya. Baki akaun yang tinggal hanya RM 41.35. Scammer telah berjaya mengeluarkan beberapa ribu ringgit, tinggal RM 41.35 sahaja. Tindakan Customer Service = blok kad + online banking termasuk mobile app. Suruh buat laporan polis.

9. Saya block no 017 813 5084 dari WhatsApp; (selepas menghubungi Customer Service). Malang nya perbualan kami di WhatsApp juga terpadam. Antara maklumat yang terpadam ialah video paparan akaun scammer dan gambar kad pengenalan scammer tadi.

Scene 2.

1. Pergi ke Balai Polis Samarahan. Laporan dibuat.
2. Mereka suruh rujuk di Balai Polis Sg Maong kerana ia lebih kepada commercial crime.

Scene 3.
1. Pihak polis cadangkan saya hubungi pihak penerima dalam Favourite List tersebut.

2. Saya call. Pihak Favourite List saya ada menerima panggilan dan WhatsApp dari seseorang bahawa isteri dia tersalah pindah duit.

3. No yang digunakan 017 866 0079. Gambar profile adalah sama dengan gambar profile WhatsApp saya.

4. 017 866 0079 hantar gambar bukti transaksi yang telah berjaya.

5. Favourite List semak akaun dan sah duit telah berjaya masuk.

6. 017 866 0079 minta dipulangkan kembali duit tersebut kerana salah tranfer. Scammer beri no akaun yang lain. Jika Favourite List ingkar, scammer ugut laporan polis akan dibuat .

7. Favourite List pindah duit ke akuan tersebut sebab takut.

Scene 4.
1. Pegawai polis di Sg Maong memaklumkan; menurut laporan polis setakat ini ( awal September 2019) lima laporan telah dibuat di seluruh negara berkenaan no 017 813 5084 .

2. Modus operandi ialah meminta OTP kerana untuk kemaskini device atau salah transfer. Pindah duit ke akuan Favourite List mangsa. Ugut / suruh Favourite List pindah ke akaun lain. Akaun lain = besar kemungkin adalah akaun keldai/ transit

3.Jumlah keseluruhan sekarang lebih RM 63 ribu



Pengajaran / Analisis:

1. Jangan online / engage dgn scammer. ( Mereka mungkin boleh duplicate WhatsApp kita. Mungkin juga boleh clone hp kita. Segala yang berlaku pada masa tersebut = akan dipaparkan kepada mereka secara langsung. Transaksi jahat mereka berlaku semasa kita masih online + engage dengan mereka.)

2. Off WiFi . Disconnect mobile data; jika pemanggil disyaki adalah scammer.

Taktik scammer sekarang makin menjadi-jadi. Walau sejauh mana kita berhati-hati sekali pun, kalau ada orang yang tak tahu tentang taktik terbaru scammer pasti akan terkena juga. Kongsikan dengan keluarga, rakan-rakan terdekat korang.