Jangan simpan stres terlalu lama. Kesan buruk untuk jangka panjang



Dalam kehidupan yang semakin mencabar dengan peningkatan kos sara hidup dan perubahan sistem pendidikan sedikit sebanyak telah memberi kesan stres
kepada kehidupan harian manusia.

Stres adalah tindak balas yang dapat dilihat melalui emosi,fizikal dan mental
seseorang kesan daripada perubahan sesuatu keadaan yang berlaku. Secara umumya, stres terbahagi kepada stres jangka pendek dan stres jangka panjang.

Stres jangka pendek merupakan tindak balas spontan tubuh badan terhadap apa-apa situasi yang mencabar, menakutkan dan bahaya.

Tahap stres biasanya bergantung kepada beberapa faktor seperti tempoh waktu yang dialami dan bagaimana individu tersebut menanganinya.

Stres jangka panjang pula selalunya berlaku kepada mereka yang cuba menahan bebanan yang lama. Stres seperti ini selalunya disebabkan oleh penyakit berbahaya atau masalah yang berpanjangan.


Kebiasaannya stres seringkali dikaitkan dengan masalah kehidupan yang terjadi seperti masalah peribadi, masalah di tempat kerja dan lain-lain.

Bahayanya stress ini bukan sahaja boleh menjejaskan kualiti kehidupan kita, malahan mampu terkesan atau tempiasnya terkena pada orang sekeliling seperti keluarga dan juga kawan rapat.

Stres jika tidak ditangani dengan betul boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit dan memberi kesan buruk terhadap tubuh badan kita.

Ramai orang sering memandang ringan tentang stres namun tahukah anda ada jenis penyakit yang boleh disebabkan oleh stres hingga membawa maut?

Berikut adalah antara kesan-kesan stress terhadap fizikal dan mental jika kita tidak pandai mengurusnya dengan baik.


1. EMOSI TIDAK STABIL
Emosi menjadi tidak stabil bila berlakunya stres. Mereka akan sukar menyelesaikan masalah walaupun ia hanyalah masalah kecil.

Mereka yang menghadapi stres akan mudah berasa kecewa, cepat naik darah dan mudah marah.

Selain itu penderita juga akan sering rasa cemas dan mudah risau tentang perkara-perkara kecil.

Kesan ini bukan sahaja boleh memberi impak negatif dalam pekerjaan, malahan hubungan dengan rakan dan keluarga juga boleh terjejas disebabkan emosi tidak stabil.

2. SAKIT KEPALA
Sakit kepala yang berpunca daripada stres juga dikenali sebagai sakit kepala akibat pengecutan otot yang berlaku daripada tekanan emosi mereka yang stres.

3. SERING LUPA DAN SUSAH FOKUS
Kesan daripada stres akan menyebabkan kita sering lupa dan susah untuk fokus. Ini kerana apabila stres, kita akan banyak memikirkan tentang masalah yang dihadapi sehingga hilang fokus untuk tumpuan terhadap perkara lain yang terjadi di sekeliling. Masalah ini bukan sahaja memberi kesan negatif terhadap kehidupan harian, malahan pretasi kerja juga akan merosot.


4. INSOMNIA
Insomnia adalah masalah sukar untuk tidur pada waktu yang normal (malam). Penghidap insomnia kerap kali menghadapi masalah tidak dapat tidur pada waktu malam dan akan mengalami keletihan pada hari berikutkan.

terdapat pelbagai punca yang menyumbang kepada insomnia, namun salah satu punca insomnia adalah stres.

Apabila stres, otak manusia akan aktif berfikir daripada biasa.

Mereka tidak boleh berhenti untuk berfikir walaupun pada waktu dimana mereka sepatutnya rehat dan tidur, apabila tubuh kurang mendapat rehat, maka ia akan menjadi lesu pada hari berikutnya.

5. SISTEM PENGHADAMAN TERGANGGU
Stres yang kronik boleh mengganggu sistem penghadaman manusia.

Simptom seperti rasa mual, perut berangin, susah menghadam makanan boleh jadi berpunca daripada stres. Sekiranya kita mneghadapi simptom ini, pastinya kualiti kehidupan harian dan kesihatan terjejas.


6. PENYAKIT JANTUNG
Hormon berperanan penting bagi memastikan keremajaan dan kualiti kesihatan seseorang. Hormon juga adalah bahan kimia yang dihasilkan oleh kelenjar endokrin yang memiliki kesan tertentu kepada aktiviti orang lain dalam tubuh.

Terdapat pelbagai kajian yang dilaku menunjukkan kaitan antara ketidakseimbangan hormon dan kanser payudara.

Bagaimanapun, ketidakseimbangan hormon boleh diatasi dengan menjaga pemakanan anda.

Oleh itu, kita perlu mengambil langkah awal dengan pengamalan hidup sihat seperti bersenam, lakukan aktiviti yang berfaedah dan jaga pemakanan bagi mengatasi stres sebelum ia ke tahap kritikal.