Masih Keliru Hadiah Apa Yang Sesuai Untuk Diberikan Pada Wanita. Tips Hadiah Yang Lebih Jimat.


Menjadi kebiasaan bagi setiap sambutan hari jadi diraikan dengan kek dan juga hadiah. Tanpa salah satu darinya membuatkan sambutan tersebut seperti tidak lengkap.

Walaupun wanita agak cerewet berbanding lelaki. Tapi sebenarnya mencari hadiah untuk wanita lebih mudah dari lelaki. 'Surprise' dengan hadiah istimewa pasti membuatkan wanita tersenyum lebar menerimanya. Tapi masih ramai lagi lelaki diluar sana yang pening untuk membuat pilihan hadiah yang sesuai dan tepat buat pasangan.

SENARAI HADIAH YANG MENARIK UNTUK DIJADIKAN PILIHAN


Bunga
sudah menjadi lumrah jika dikaitkan wanita dengan bunga dan jarang untuk kita jumpa wanita yang tidak meminati bunga sebagai hadiah. Tidak perlu beli sejambak atau sebakul, tetapi cukup dengan hanya sekuntum bunga bagi menggambarkan tanda sayang kita padanya.

Jika inginkan lebih istimewa, anda boleh meminta sesiapa menghantarkannya ke pejabat atau rumah. Layangkan juga sekeping kad dengan ucapan yang romantis. Sekarang banyak perkhidmatan menghantar bunga kepada penerima.

Anda perlu tahu jenis bunga yang sesuai diberikan sebagai hadiah hari jadi. Pilihan jenis bunga dan warna amat penting menunjukkan simbolik yang berbeza. Kebiasaannya bunga ros merah adalah sebagai tanda cinta.

Semua sedia maklum yang bunga fresh ni memang mahal harganya. Jadi untuk menjimatkan kos, anda boleh memberi 3 kuntum bunga yang bermaksud 'I love U'.


Coklat
Makanan seperti coklat juga menarik dijadikan sebagai hadiah hari jadi. Coklat yang berkualiti dan cantik seperti Ferero Rocher atau Cadbury selalu menjadi pilihan utama kerana ia kelihatan lebih menyerlah dan 'elegent'.

Walaupun coklat menjadi stigma dikalangan wanita kerana mampu menaikkan berat badan, tapi rasanya yang enak dan sedap membuatkan ia menjadi pilihan utama sebagai hadiah hari jadi.
Sertakan sekali dengan nota ucapan yang romantis dan juga hiasan bunga-bungaan.


Teddy Bear
daripada kecil lagi, wanita dibesarkan dengan anak patung, dan juga teddy bear. Bagi mereka, teddy bear dapat mententeramkan mereka. Terutama apabila mereka dalam keadaan sedih, bersendirian ataupun ketika dalam ketakutan. Yang membuatkan teddy bear disukai wanita adalah kerana ianya comel, gemuk, buncit dan perutnya sedap dipeluk.


Barang Perhiasan
Siapa yang tidak gembira apabila terima hadian perhiasan seperti cincin, gelang dan rantai berasaskan emas, berlian atau perak. Perhiasan yang dipakai wanita akan menjadi daya penarik dan pelengkap kecantikan mereka. Tetapi, pastikan perhiasan hanya diberi pada hari tertentu agar ia menjadi kenangan yang sukar dilupakan.

Dinasihatikan juga kepada anda untuk membeli perhiasan mengikut kesesuaian bajet. Bukan harga perhiasan yang menjadi ukuran tetapi nilai pemberian yang menjadi ingatan.


Jam tangan
Jam tangan pun boleh dijadikan hadiah untuk perempuan sebagai menghargai kepada pasangan anda. Pelbagai pilihan yang ada sekarang.

Kalau perempuan yang jenis gemar bergaya, boleh beli jam tangan yang jenis fashion atau casual watches. Yang suka sport, boleh beli jam tangan Adidas atau Nike. Nak jimat boleh beli jam tangan couple. Bajet serendah Rm100 ke bawah rasanya.


Beg Tangan atau Purse
Hadiah beg tangan dengan jenama dan warna kesukaan sudah pasti membuatkan si dia begitu menghargai  dan membawanya kemana saja. Paling manis apabila dia menceritakan pemberian beg tangan daripada suami kepada rakan-rakannya.


Kasut
Kalau nak jadikan kasut sebagai hadiah hari jadi. Pastikan anda tahu saiz kaki si dia. Nak beri lebih kejutan kepada si dia, anda ambil sebelah kasut dia dan cuba ukur.

Tapi kalau nak simple kerja anda, bawa sahaja si dia ke kedai kasut dan suruh si dia pilih mana yang berkenan. Apa salahnya harga yang sedikit mahal. Untuk yang tersayang juga. Jangan risau, hadiah kasut mesti perempuan suka.


Pakaian
Hadiah ini mampu membuatkan si dia berasa bahagia. Perempuan akan merasakan yang anda begitu mengambil berat terhadap dirinya sehinggakan tahu ukuran gaun atau jubah yang dipakai. anda boleh memberikan hadiah dan terus mempelawanya menghadiri acara makan malam bersama.

Contoh baju yang boleh dihadiahkan seperti dress, blouse, jubah dan sebagainya. Nak bagi nampak lebih menarik, hadiahkan bersama tudung, bagi pasangan yang bertudung. Sekarang ni perbagai jenis gaya tudung yang ada boleh dibeli di pasar raya atau secara online. Kalau rasa keluar dating pakai baju yang sama, korang boleh beli baju t-shirt couple.


Makan Malam
Belanja makan malam juga boleh dijadikan hadiah istimewa untuk perempuan. Ada perempuan yang suka makan di tempat-tempat yang istimewa.

Anda boleh hadiahkan makan malam istimewa  di hotel atau restoran ternama dengan suasana yang romatis. Sekali-sekala kan. Dapat makan dalam suasana yang indah bersama pasti jadi ingatan.

Perempuan ni tidaklah 'complicated' seperti yang anda sangkakan. Tapi kalau anda memahami dia lebih mendalam mesti semuanya menjadi mudah. walau apapun hadiah kejutan yang diberikan kepada pasangan, sama ada mahal atau murah, yang penting adalah nilai pemberian dan keikhlasan si pemberi. Harga adalah perkara kedua.

Semoga hubungan anda bersama pasangan kekal bahagia.