Penipuan tawaran bekerja dengan gaji yang lumayan, di aplikasi media sosial



Di zaman teknologi kini, media sosial merupakan medium interaksi dan rata-rata individu menggunakan internet untuk mengakses laman web.

Aplikasi media sosial juga boleh digunakan untuk menipu dan mendapat wang dengan mudah. Sekumpulan warga China terpaksa bergadai dan menjual tanah untuk datang ke Malaysia bagi mencari rezeki sebagai pekerja buruh.

Usaha yang dilakukan mereka hanya sia-sia apabila ditipu sindiket yang menjanjikan pekerjaan sebagai buruh di Johor Bahru melalui aplikasi Wechat.

China press melaporkan, pekerja diri wilayah Hunan itu telah membayar antara RM 12,700 hingga RM 38,300 kepada seorang ejen pekerjaan. Mereka dijanjikan bekerja di sebuah syarikat pemaju terkenal dengan gaji bulanan sebanyak Rm 5,745 dan ada kenaikkan gaji sehingga RM 8,298 sebulan setelah mereka melepasi tempoh percubaan.



Selepas mendarat di negara ini, mangsa ditinggalkan di sebuah tapak pembinaan pada tengah malam di Johor Bahru. Lebih menyedihkan mereka ditinggalkan dalam keadaan tiada duit dan mereka memilih untuk berpatah balik ke Lapangan Terbang Senai di Johor dan bermalam di situ.

Kesedihan mereka tidak terhenti di situ apabila mendapati tiket penerbangan ulang alik yang dijanjikan sindiket menjadi tiket sehala. Manakala visa kerja mereka hanya visa pelancongan yang akan tamat.

Gu ren Yi, 55, berkata mereka terpedaya dengan gaji yang tinggi dan mengetahui tentang pekerjaan ini dari aplikasi Wechat.

Difahamkan, kedutaan China di Kuala Lumpur sudah dimaklumkan kejadian tersebut. Kedutaan akan memberi bantuan yang sewajarnya.