Putus Cinta Memang Menyakitkan. Berhentilah Siksa Diri Anda


Bila bercerita tentang hubungan percintaan, pasti ramai dikalangan anda pernah merasai bagaimana rasanya putus cinta.

Satu perasaan yang sukar digambarkan, kadang terasa seperti hilang separuh semangat hidup. Ini kerana setelah beberapa tahun menjalinkan hubungan cinta akhirnya cinta tidak kesampaian.

Ramai yang berusaha untuk bangkit semula dan 'move on' setelah hubungan gagal atau tidak dapat diteruskan lagi. Tapi amat sukar dan perlukan tempoh yang lama untuk pulih kembali. Ianya tidak semudah yang disangka. Sebab memori suka duka bersama si dia tidak dapat dilupakan.

Buat masa sekarang, anda mungkin rasa sangat sedih, penat dan tiada mood. Anda tahu saat ini anda sangat memerlukan kekuatan dan sokongan dari keluarga dan rakan-rakan untuk anda lakukan perubahan.

Ikuti beberapa tips ini untuk memudahkan tujuan anda untuk melupakan si dia.


1) Berkongsi dan luahkan pada seseorang
Ini perkara biasa yang ramai orang buat. Tapi anda kena pastikan nak luah perasaan sedih mestilah tepat pada orangnya. Pastikan orang tersebut boleh jadi pendengar yang baik, yang boleh 'support' dan tenangkan anda.


2) Dengar musik
Kalau sedang putus cinta, elakkan mendengar musik sedih seperti lagu putus cinta dan berhenti dengar lagu yang boleh mengingatkan memori anda bersama si dia. Pilih lagu yang ceria dan positif.


3) Memori
Jika anda masih simpan gambar si dia, tak kiralah sama ada di beg duit, laptop ataupun di telefon anda, segera pulangkan semula atau buang jauh-jauh. Begitu juga dengan nombor telefon, 'conversation whatsapp' atau apa sahaja yang berkaitan dengan si dia, delete dan block. Ini menjadi salah satu punca buat anda sukar untuk melupakan.


4) Tidur awal
Elakkan berjaga lewat malam, kerana dalam keadaan sunyi dan tenang di waktu malam akan membuatkan anda kerap berfikir tentang si dia. Jangan layankan perasaan sedih. 'Set time' pastikan sebelum pukul 12 malam anda sudah lelapkan mata.


5) Sibukkan diri
Bila disituasi ini anda akan rasa 'lost' dan tak tahu apa yang perlu dilakukan, seperti semua aktiviti yang dilakukan berasa bosan. Jangan hairan, ia hal yang normal. Banyak perkara yang boleh dilakukan.

Luangkan masa bersama emak ayah dan juga adik beradik. Perbaiki hubungan dengan keluarga. Kalau anda 'student' ini la masa yang sesuai untuk review semula apa yang telah anda belajar sebelum ini dan kalau anda di situasi bekerja, jadikan peluang ini untuk bina hidup yang lebih baik.


6) Memaafkan dia
Memang berat untuk lakukan perkara ini setelah apa yang berlaku cukup memberi kesan buruk dalam hidup anda, tapi percayalah sesungguhnya hati anda akan lebih tenang dan mudah melupakan bila anda ikhlas memaafkan si dia.


7) Jangan ulangi kesilapan yang sama
Ini tidak bermakna anda harus beri peluang yang kedua atau masih meletak harapan untuk si dia datang kembali. Jangan diulangi kesilapan yang sama. Buka pintu hati untuk kenali lebih ramai orang.


8) Bersihkan hati
Jangan pula anda menghina dia atas apa yang berlaku. Sebaliknya cuba untuk lihat dari pandangan positif tentang apa yang terjadi. Tiada orang yang sempurna.

Bersihkan hati dengan banyak bersedekah dan dekatkan diri dengan tuhan. Cari erti kehidupan supaya anda tidak terperangkap dalam situasi itu untuk tempoh yang lama.


9) Mulakan hidup yang baru
Kalau dulu anda boleh ceria sebelum si dia muncul lagi. Jadi kembalikan keceriaan hidup anda seperti dulu. Berhenti bersedih, ia tak membantu anda menjadi lebih baik.

Cinta ada pasang surutnya. Hati mesti kuat untuk menerima apa sahaja ujian yang bakal kita hadapi. Jangan ingat hubungan cinta bahagia sentiasa, pasti ada gembira dan sedihnya. Begitulah asam garam kehidupan. Selamat 'move on'.