Sah Peluk Islam, Bintang Bolasepak R. Gopinathan Mengucapkan Lafaz Kalimah Syahadah.



Bila dengar ada individu yang bukan islam memeluk islam, pastinya berita itu disambut dengan kegembiraan oleh seluruh umat Nabi Muhammad SAW.

Individu yang bergelar selebriti tidak terkecuali. Ramai sebenarnya yang telah berhijrah daripada agama asal dan memeluk islam. Tidak kiralah sama ada selebriti Malaysia ataupun antarabangsa.

Bekas permain pasukan Pahang, Selangor dan JDT itu dipercayai telah sah memeluk islam menerusi rakaman video yang tular di media sosial.

Satu rakaman video memaparkan R. Gopinathan mengucapkan lafaz kalimah syahadah telah tular di media sosial.

Kini pemain sayap bagi pasukan PDRM FA itu akan menggunakan nama Muhammad Gopi Rizqi Bin Rama Chandra selepas bergelar mualaf.

Video yang berdurasi 45 saat itu memaparkan R. Gopinathan sedang mengucapkan lafaz kalimah syahadah bersama dengan seorang lelaki di pejabat Majlis Agama Islam Pahang. Yang dikongsi oleh akaun twitter Hafiq/@kapitkelabu.