Trend mencukur kening baik atau buruk. Kenapa mesti cukur


Kalau korang perasan bila buka di laman sosial media tak kira la facebook, instagram  atau pun twitter sudah menjadi trend wanita zaman sekarang yang lebih meminati kening nipis dan tajam sehinggakan ada yang buat video tutorial cara-cara melukis kening. Bagi kebanyakan dari mereka ini gemar mencukur kening sehingga licin dan melukis semula. Korang tahu apa fungsi kening?

Trend ini sudah viral sejak sekian lama dan menjadi ikutan bermula dari kalangan selebriti kepada golongan remaja kerana ia nampak lebih cantik dan menonjol. Sehinggakan sukar untuk kita
nampak mereka yang masih memiliki kening yang asal.

Sebelum korang pun menjadi sebahagian daripada mereka yang mencukur kening,
pernah terfkir tak apa tujuan dan fungsi kening dicipta?, hanya sekadar untuk seri wajah atau ada sebab tertentu?.

Kening sebenarnya memainkan peranan penting pada wajah tanpa kita sedari. Fungsi utama kening adalah untuk memastikan air ataupun peluh tidak mengalir ke dalam mata kita. Bentuk kening yang melengkung membantu mengalirkan air ke tepi, supaya air mengalir di bahagian wajah tidak jatuh ke dalam mata.


Ini membantu supaya mencerahkan dan penglihatan kita tidak terganggu ketika kita sedang berlari atau berjalan di dalam hujan. Lagipun kita sendiri pasti sudah tahu bagaimana rasa pedih akan berlaku pada mata, sekiranya peluh mengenainya kerana garam di dalam peluk mampu membuatkan rasa kurang selesa pada mata.

Antara satu fungsi kening yang jarang kita tahu adalah sebagai bentuk penguat ekspresi muka manusia. Kening mampu menceritakan banyak perkara tentang apa yang seseorang sedang rasai dengan perubahan kedudukan dan bentuk kening. Ini bermakna kening merupakan salah satu alat komunikasi bukan lisan paling penting manusia.

Selain itu, kening juga adalah satu bahagian badan yang menjadikan wajah kita nampak sempurna, kerana tanpa kening, seseorang itu akan kelihatan ganjil.


Ada juga bagi sesetengah individu mereka memiliki kening yang bercantum di tengah-tengah, yang biasa di panggil 'unibrow'. Mengapa ia berlaku? Tiada apa-apa yang istimewa berlaku pada mereka yang memiliki unibrow kerana semuanya datang daripada faktor genetik.

Bagi sebilangan masyarakat, mereka memandang unibrow sebagai satu bukti kecantikan seseorang. Masyarakat di Tajikistan berebut hendak memiliki kening bercantum ini, sehinggakan ramai penduduk wanita mereka akan menggunakan herba yang diperbuat daripada sejenis daun bernama daun usma yang disapukan di bahagian tengah kening supaya bercantum. Daun yang dihancurkan terlebih dahulu sebelum dibiarkan selama 15 minit bagi mendapatkan unibrow yang tebal dan lebat.

Mungkin bagi kita ia kelihatan agak pelik dan ganjil. Tapi bagaimanapun, jika dilihat tindakan mereka itu sebenarnya tidak ada bezanya dengan tabiat wanita yang mencukur kening.