Dah Diet Dan Bersukan Tapi Berat Masih Tak Turun. Kenali Punca Dan Cara Yang Betul.


Setiap tahun berazam nak kurus, tapi pakai baju masih ketat, seluar hampir tak boleh nak zip, terkeluar dan timbul bahagian yang tak berapa cantik, tengok cermin rasa tak bersemangat, nak lakukan aktiviti terasa mengah dan lambat. Disini kami ingin kongsikan cara menurunkan berat badan yang selamat dan berkesan.

Ada macam-macam jenis diet yang viral sekarang. Diet atkins, diet pisang, diet telur, diet cinderella, diet alkaline, diet detox, diet paleo, diet ketogenic, diet baby food pun ada.

Persoalannya? Betulkah diet-diet ekstrem yang kami senaraikan diatas sesuai dan berkesan untuk semua orang? Adakah diet-diet ekstrem ini takkan menjejaskan kesihatan anda dalam jangka masa yang panjang? Kalau pun anda berjaya turunkan berat badan, ada tak kemungkinan berat anda akan meningkat semula bila anda berhenti?

Nasihat kami, sebelum mengamalkan apa-apa jenis diet, periksa tahap kesihatan anda dan dapatkan nasihat dari doktor dan pakar. Yang tengah amalkan diet ekstrem, jangan sesekali lupa untuk berjumpa doktor secara berkala. Apa yang paling penting, pilih untuk kurus cara selamat dan sihat. Berbalik kepada topik kita pada hari ini. Jom kami kongsikan cara kuruskan badan yang selamat dan berkesan.


1. Kawal Pemakanan- Cara Kurus Dengan Cepat
Untuk kurus, perkara paling penting yang wajib anda buat ialah kawal pemakanan. Biasa kita dengar orang kata, kiraan untuk kurus ialah 80% pemakanan, 20% senaman.Inilah rahsia cara kuruskan badan dengan cepat. Paling penting adalah ini cara kuruskan badan tanpa produk. Ianya sangat benar. Apa yang kami maksudkan dengan kawal pemakanan?

Kawal kalori harian.
Secara amnya, jumlah kalori yang diperlukan setiap hari jika anda dalam proses untuk mengurangkan berat badan ialah 1500 kalori untuk wanita, 2000 kalori untuk lelaki. Pastikan pengambilan kalori harian anda tak melebihi jumlah yang kami nyatakan tadi.

Macam mana nak kira jumlah kalori yang anda makan? Boleh install application yang membantu anda mengira kalori. Berikut adalah beberapa application yang user friendly & mudah untuk digunakan.


  1. Calorie Counter- MyFitnessPal
  2. Calorie Counter- MyNetDiary
  3. Calorie Counter- EasyFit Free
  4. My Plate Calorie Tracker
  5. Calorie Counter by FatSecret
  6. Calorie Counter & Diet Tracker
  7. Calories In Food
  8. Calorie, Carb & Food Counter
  9. My Diet Diary Calorie Counter



Pilihan makanan
Untuk kurus, elakkan makanan yang bergoreng, berminyak & berkuah. Pilih makanan yang dikukus, dibakar, dan digrill. Kurangkan kandungan garam & gula dalam masakan. Elakkan penggunaan serbuk perasa. Untuk sayur-sayuran, ulam-ulaman adalah lebih baik berbanding sayur yang digoreng.

Portion makanan
Nak kurus? Jangan makan nasi berpinggan-pinggan. Paling mudah, gunakan penumbuk anda sebagai garis panduan. Banyak mana nak ambil nasi? Ambil sebesar penumbuk. Jangan lebih. Bimbang tak kenyang sebab nasi sikit? Lebihkan sayur-sayuran. Lepas makan anda boleh minum teh hijau tanpa gula.


Kawal pengambilan gula dan garam
Selain menjaga kalori, memilih jenis makanan & menjaga portion makanan adalah sangat penting untuk anda mengawal jumlah gula & garam yang diambil setiap hari.

2. Makan sedikit tapi kerap
Tips utama untuk kurus ialah makan sedikit tapi kerap. Kalau lapar? Anda boleh snacking. Tapi awas, jangan snacking dengan cempedak goreng, keropok lekor atau popia goreng. Tukar kepada kekacang, salad & buah-buahan.


Kudap-kudapan ala Malaysia memang sedap tapi boleh pengsan kalau tengok jumlah kalorinya. Nak-nak lagi pisang goreng cheese.

3. Jangan Makan Malam
Kalau nak kurus, elakkan daripada makan pada waktu malam. Pastikan anda makan malam sebelum pukul 8.00. Disiplin sangat penting kalau nak kurus.

Selepas pukul 8.00 malam, kalau lapar jangan makan. Tapi anda boleh isi perut yang lapar dengan air teh atau kopi tanpa gula. Kalau lapar sangat, tak boleh tahan, makan salad atau buah. Atau pun, lagi bagus kalau anda tidur awal.


4. Teh hijau
Teh hijau atau green tea sememangnya membantu anda yang ingin menurunkan berat badan. Rasa lapar? Minum teh hijau. Ia bukan sahaja membantu mengisi perut yang lapar, ia juga boleh mengurangkan masalah perut masuk angin dan kembung. Paling best? Ia membantu membakar kalori dengan cepat. Tapi ingat, bancuh tanpa gula.

5. Senaman
Seperti yang kami sebutkan diatas, kiraan untuk kurus ialah 80% pemakanan, 20% senaman. Senaman bukan sahaja membantu untuk membakar kalori, malah ia juga membantu untuk muscle toning. Nak buat senaman apa? Berapa kali seminggu?


Senaman kardio sangat membantu untuk anda kurus. Di antara jenis senaman kardio ialah berlari, mengayuh basikal, berenang, lompat tali skipping, dan kalau anda ada keahlian gymnasium boleh gunakan mesin-mesin kardio yang ada.

Berapa kali seminggu kena bersenam? Jawapannya bergantung kepada anda. Minimum ialah 20 minit 3 kali seminggu. Kalau dapat lagi kerap & lebih lama, lagi membantu untuk anda kuruskan badan. Jaga pemakanan, rajin bersenam, pasti anda akan kurus.


6. Tidur yang Cukup
Percaya tak kalau kami kata, orang yang tak tidur dengan secukupnya akan mengalami masalah berat badan. Susah nak kurus. Kenapa? Kalau kita tidur lambat, berjaga sampai pukul 3.00 pagi, dijamin kita akan rasa lapar. Bila lapar mulalah nak masuk dapur cari makanan. Bila tak cukup tidur, metabolism kita juga akan berkurangan. Macam mana nak bakar lemak?

Itulah dia cara kuruskan badan yang selamat dan berkesan. Amalkan tips ini secara konsisten, anda pasti akan tersenyum apabila melihat hasilnya. Kami jamin, pakaian anda akan rasa longgar. Matlamat anda untuk turunkan berat badan akan tercapai dan berbaloi. Selamat muncuba.