Keberanian Seorang Wanita Meredah Api Marak Untuk Menyelamatkan Koala Yang Terbakar.


Seorang wanita berani mempertaruhkan nyawanya untuk menyelamatkan seekor koala yang terbakar di sebuah kawasan belukar di Australia.

Video yang tular tersebut menunjukkan kegigihan wanita ini menyelamatkan haiwan berkenaan disambut ramai dan peristiwa ini sangat mengharukan rakyat di dunia.

Difahamkan melalui video tersebut, wanita itu mencurah air sejuk untuk keselesaan Koala tersebut daripada keperitan kepanasan.


Bagaimanapun, haiwan tersebut dibawa ke Hospital Macala Port Macquarie untuk rawatan lanjut. Hospital ini dibina khas untuk menyelamatkan haiwan-haiwan di Australia yang menghadapi waktu sukar seperti kejadian ini.

Satu cara untuk membantu Koala ini hidup adalah menyediakan kuantiti air yang banyak untuk mengurangkan kematian semasa berlakunya kebakaran.

Menurut laporan BBC News, beratus-ratus koala dikhuatiri mati akibat kejadian kebakaran di belukar telah menghancurkan kawasan habitat mereka.

Walaubagaimanapun, jelas sekali ada yang sedang membantu sedaya upaya yang boleh untuk selamatkan haiwan-haiwan tersebut.