Sikap Majikan Yang Teruk Akan Memberi Kesan Buruk Pada Produktiviti Kerja.


Sebagai seorang pekerja, memang kita lali dengan perangai majikan yang boleh buat darah naik setiap hari. Tetapi, memandangkan kita bukanlah keturunan kaya raya yang boleh hidup tanpa gaji, terpaksalah melayan. Paling tidak pun, mengumpat bersama rakan-rakan pejabat sahaja.

Jadi, ini tips daripada laman berita CNBC untuk anda berdepan dengan majikan yang teruk sebelum anda dapat kerja baru. Yerlah, kebanyakan kita bukan orang senang yang boleh berhenti kerja notis 24 jam.


1- Majikan suka buat pekerja takut dan resah.
Majikan yang suka cari kesalahan dan hukum pekerja, kadang-kadang kesilapan kecil dapat hukuman tak sepadan, memang dibenci umat pekerja. Majikan jenis ini sebenarnya tak sedar persekitaran kerja takut hendak buat keputusan sebenarnya tak berapa elok untuk syarikat. Malah, kajian membuktikan ia menghalang proses membuat keputusan yang baik.

Bagaimana hendak atasi?
Kenal pasti ketakutan dan kelemahan anda, dan pastikan anda dapat kawal skop kerja anda. Jangan memandai-mandai. Biarkan majikan buat semua keputusan sampai dia bosan.


2- Majikan buat otak penat
Kita memang akan penat otak bila bekerja dengan majikan yang teruk. Semua tak boleh, semua dia betul dan macam-macam lagi. Penat otak ni sebenarnya boleh kurangkan produktiviti kerja.

Penawarnya?
Tunggu gaji masuk sahaja, habis waktu kerja jangan buat kerja lagi. Anda pernah dapat majikan begini?


3- Majikan jadikan kerja anda bosan
Disebabkan majikan perangai yang teruk, kita memang akan bosan dengan kerja kita. Malah, boleh buat kita tak bersemangat nak pergi kerja dan tak peduli dengan hasil kerja. Tapi, nak buat macam mana, majikan tak sedar yang dia sebenarnya punca pekerja bosan.

Apa boleh buat?
Cari aktiviti luar waktu kerja yang menyeronokkan. Sementara hendak bertukar kerja, pastikan anda sentiasa aktif dengan pelbagai aktiviti luar yang terus membuatkan anda bersemangat. Barulah seronok sikit fikir lepas habis kerja, boleh buat aktiviti lain.


4- Majikan kacau waktu tidur
Sesiapa yang bekerja tahu bagaimana majikan suka kacau waktu luar kerja. Kadang-kadang email atau mesej masuk lepas kerja, buat anda penat dan berjaga sebab nak siapkan kerja. Sebelum anda sampai tahap boleh "tutup handphone selepas kerja" amalkan tabiat ini.

Apa hendak buat?
Pastikan anda dapat tidur berkualiti- 10 minit tidur waktu makan tengahari atau tutup telefon kerja waktu hujung minggu.


5- Majikan buat hidup anda sunyi
Disebabkan majikan suka bagi kerja banyak, kadang-kadang kita tiada masa bersuka-ria dengan keluarga dan kawan-kawan. Benda ini boleh buat hidup sunyi.

Cara atasi.
Pastikan anda ada hubungan baik dengan rakan sekerja. Selalunya, bila majikan yang teruk wujud, hubungan dengan rakan sepejabat lebih erat sebab masing-masing perlu meluah perasaan.