Alasan Yang Sering Diguna Lelaki Apabila Disoal Tentang Kahwin

Alasan Yang Sering Diguna Lelaki Apabila Disoal Tentang Kahwin, alasan tak kahwin, lelaki, kahwin,

Setiap wanita pasti mengimpikan sebuah perhubungan yang berakhir dengan pernikahan bersama lelaki yang dicintai. Moment perkahwinan yang indah dibina bersama si jejaka hati pasti menjadi wishlist setiap wanita untuk mencapai matlamat hidup. Tentu seronok kan? ada rumah sendiri, dapat memasak, melayan suami dan anak-anak.

Tapi korang pernah tak alami apabila bertanyakan soal perkahwinan pada lelaki dan respond mereka seperti tidak berminat atau malas menjawab persoalan tersebut? Adakah mereka ni tak mengimpikan hidup berkahwin atau ada sebab-sebab tertentu?

Kenapa Rata-Rata Lelaki Mengelak Atau Reject Bila Diajak Wanita Untuk Berkahwin?

Alasan Yang Sering Diguna Lelaki Apabila Disoal Tentang Kahwin, alasan tak kahwin, lelaki, kahwin, nakbebel, nakbebel sedih,
Gambar: Eric James Ward

Korang pernah alami situasi macam ni tak? Cinta bagai nak rak tapi bila buka topik berkenaan kahwin sahaja lelaki nampak seperti tiada mood dan mahu alih ke topik yang lain. Adakah si lelaki menganggap sekadar ingin bermain cinta dengan pasangan dan tiada niat untuk bawa hubungan itu ke next step?

Jom kita tengok apakah alasan yang biasa diberikan oleh lelaki bila menolak ajakan wanita untuk berkahwin

Belum Bersedia 

Alasan Yang Sering Diguna Lelaki Apabila Disoal Tentang Kahwin, alasan tak kahwin, lelaki, kahwin, nakbebel, nakbebel sedih,
Gambar: Nick Fewings

Alasan yang paling biasa diberikan oleh lelaki, bila mereka sudah berkemampuan dari segi kewangan untuk bina keluarga, kerjaya pun dah stabil tapi masih kata 'tak ready lagi la, bukan senang nak pegang tanggungjawab sebagai suami tau'. Padahal kita tak boleh nak jangka apa yang bakal berlaku di masa hadapan. Jika belum apa-apa lagi si dia dah set di minda bahawa kahwin ini sukar dan rumit, maka sampai bila-bila pun kita takkan bersedia untuk melaluinya.

Kewangan Belum Stabil 

Alasan Yang Sering Diguna Lelaki Apabila Disoal Tentang Kahwin, alasan tak kahwin, lelaki, kahwin, nakbebel, nakbebel sedih,
Gambar: Micheile Henderson

Seringkali lelaki menggunakan alasan ini dengan mengaitkan isu ekonomi yang tak stabil dan kos sara hidup yg kian meningkat. Bila ditanya sahaja 'agak-agak bila nak masuk meminang?', si lelaki akan menjawab bahawa simpanannya masih belum cukup.

Sebenarnya mereka bukan tidak mampu menyimpan, tetapi kerana cara mengurus kewangan yang salah, mereka kerap berbelanja dan menghabiskan wang untuk hal yang tidak penting. Terlalu ikutkan hobi untuk membeli barangan yang tidak sepatutnya.

Nak Enjoy Dulu Dan Kejar Cita-Cita

Alasan Yang Sering Diguna Lelaki Apabila Disoal Tentang Kahwin, alasan tak kahwin, lelaki, kahwin, nakbebel, nakbebel sedih,
Gambar: Drew Graham

Alasan yang buat ramai wanita fade up. Sebenarnya alasan ini wujud kerana hasutan dari mereka yang sudah berkahwin kepada bujang kononnya selepas berkahwin lelaki tidak lagi mampu untuk kejar cita-cita. Seolah-olah perkahwinan ini menutup ruang kebahagiaan untuk lelaki. Walhal mereka tidak menghayati betapa indahnya hidup selepas berkahwin.

Kan lebih menyeronokkan sekiranya impian dan cita-cita dikecapi bersama isteri. Dan kajian juga terbukti bahawa tahap produktif berkerja meningkat bagi mereka yang telah berkahwin kerana semangat yang bersungguh-sungguh untuk memberikan yang terbaik buat keluarga. 'Hidup sorang memang la kau rasa tak kesah bab keperluan ni, asal boleh je, once kau dah berkeluarga ni kau punya semangat nak cari duit tu lain macam bro'.

"Saya Tak Rasa Yang Keluarga Awak Nak Kan Orang Macam Saya"

Alasan Yang Sering Diguna Lelaki Apabila Disoal Tentang Kahwin, alasan tak kahwin, lelaki, kahwin, nakbebel, nakbebel sedih,
Gambar: Kyle Glenn 

Belum apa-apa lagi sudah putus asa dan meletak persepsi yang buruk terhadap keluarga si wanita. Orang kata 'Nak kan hati anak, tawan hati mak bapak dulu'.

Cubalah untuk menambat hati keluarga si wanita seperti mana awak inginkan si wanita itu dahulu.

Orang Tua Dah Aturkan Jodoh Untuk Saya

Alasan Yang Sering Diguna Lelaki Apabila Disoal Tentang Kahwin, alasan tak kahwin, lelaki, kahwin, nakbebel, nakbebel sedih,
Gambar: Gregory Rakovsky

Ini jawapan yang buat sesiapa sahaja berasa marah. Habis untuk apa berkasih sayang dan mencari si wanita jikalau akhirnya si lelaki sendiri tidak mengharapkan jodoh bersama wanita tersebut.

Lelaki sepatutnya berhak menentukan dengan siapa mereka ingin berkahwin. Walaupun benar kita tidak boleh menderhaka kepada kedua ibubapa tapi soal memilih pasangan hidup biarlah empunya badan yang pilih.

Saya Risau Kalau Dah Kahwin Nanti Bercerai

Alasan Yang Sering Diguna Lelaki Apabila Disoal Tentang Kahwin, alasan tak kahwin, lelaki, kahwin, nakbebel, nakbebel sedih,
Gambar: Hutomo Abrianto

Tidak dinafikan juga ada sebilangan lelaki yang takut untuk berkahwin kerana risaukan perkahwinan yang dibina musnah ditengah jalan. Mungkin mereka trauma dan pernah melihat perkahwinan yang dibina oleh ibubapa mereka yang musnah sewaktu mereka kecil. Tapi ianya boleh diubah andai si lelaki berfikiran positif dan berusaha untuk membahagiakan wanita yang dicintai.

Segalanya akan dipermudahkan Tuhan sekiranya kita pasang niat dengan tujuan yang betul. Semoga artikel ini memberi perangsang dan semangat kepada anda yang masih bujang untuk melangsungkan perkahwinan kelak.