Bila Rasa Diri Bukan Dari Orang Berjaya, Belajarlah Dari Orang Yang Berjaya

berjaya, ubah, motivasi, bagaimana dia boleh berjaya

Tak ramai dari kita yang bila nampak kejayaan orang lain buatkan terfikir dan kagum dengan bagaimana dia boleh berjaya begitu sekali dan sebab apa dia boleh berjaya.

Jarang pula kita yang lihat kejayaan orang hanya sekadar terpesona dengannya, namun ada pula yang sedikit pun tak hairan.  Kadang, ada pula yang hanya mendiam diri sebab tahu dia yang berjaya ini mestilah dari golongan keluarga kaya yang mampu untuk mendapat sokongan modal dengan mudah.

Tapi kita perlu tahu yang kejayaan ini bukan milik orang yang berduit atau pun datang dari keturunan orang-orang yang berjaya sahaja. Kejayaan ini boleh dikecapi pada mereka yang inginkan dan tidak pernah letih berusaha untuk menjadi seseorang yang lebih baik.

Jadi, kalau sedar diri ini bukanlah orang yang berjaya, belajarlah dari orang-orang yang sudah berjaya, belajarlah bagaimana mereka ini gigih dalam menahan rasa letih walaupun berada dalam saat ingin putus asa dengan rintangan dan ujian berat. 

Jangan Takut Untuk Perbaiki Diri, Siapapun Layak Untuk Menikmati Hidup Yang Lebih Baik Dimasa Hadapan


Jangan sedikitpun rasa takut untuk perbaiki diri, kerana siapapun diri kita, tetap berhak untuk menikmati hidup yang lebih baik dimasa hadapan kelak. Berhenti fikirkan benda-benda negatif seperti "siapalah aku nak berjaya macam dia, dia ini dari kalangan orang-orang kaya, orang yang berjaya" 

Ingatlah, rezeki tu datangnya daripada Allah dan kita semua layak untuk dapat rezeki dariNya setimpal dengan usaha  dan kesungguhan yang berterusan. 

Dalam kita sibuk memperbaiki diri jangan pula kita lupa untuk libatkan Allah sekali dalam setiap keinginan yang menjadi impian, supaya apa sahaja usaha yang sedang kita lakukan semoga Allah akan mempermudahkan urusannya.

Jangan Iri Hati Melihat Mereka Yang Lebih Berjaya, Kerana Kita Juga Boleh Jadi Seperti Mereka


Kita semua ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Apa yang terkurang dalam diri, cuba untuk belajar, perbaiki kekurangan itu. Teruskan mengasah pada apa yang ada dengan kelebihan diri kita. Tanpa kita sedar, kekurangan diri yang kita ada sebelum ini kelak akan menjadi satu kelebihan juga suatu hari jika kita berusaha untuk perbaiki dengan tekun.

Tiada masalah jika hari ini, kita banyak mengagumi kehebatan dan kejayaan orang lain. Kerana boleh jadi dengan kekurangan diri yang kita perbaiki hari demi hari akan membentuk satu punca kejayaan yang akan dikagumi juga.

Terus Percayakan Diri Dan Libatkan Allah Dalam Usaha


Jangan anggap orang yang berjaya itu ada kelebihan yang terlalu jauh lebih hebat daripada apa yang kita miliki kerana apa kelebihan yang kita miliki sebenarnya juga mampu untuk membawa kita menuju kejayaan.

Ini kerana kita terlalu melihat kelebihan orang sahaja, sedangkan orang yang berjaya juga ada kekurangan mereka cuma mereka pandai menyembunyikan dengan usaha. Usaha gigih tanpa henti itu yang buatkan kita terlalu lihat kelebihan mereka.

Tak ada manusia yang sempurna didunia ini, sesempurna manapun dimata kita ni, pastinya akan ada kekurangan.

Jadi kalau kita ingin diri dilihat seperti mereka, cubalah untuk perbaiki kekurangan diri, jangan takut untuk melakukan kebaikan demi diri sendiri dan yang penting pastikan yakin dengan diri dan tidak lupa untuk libatkan Allah dalam setiap usaha yang kita lakukan.