Perbuatan Ini Nampak Kecil Namun Tanpa Sengaja Membuka Pintu Neraka Buat Kita


Hidup seharian kita pastinya akan dilalui dengan pelbagai ujian dan rintangan. Masing-masing dengan hala tuju kerjaya ada juga yang meluangkan masa untuk beristirehat mahupun bersama rakan-rakan.

Namun dalam kita tidak sedar, hati-hatilah dalam perbuatan-perbuatan kecil yang boleh mengakibatkan pintu neraka terbentang luas buat kita kelak.

Menipu Tanpa Sengaja Sehingga Menjadi Kebiasaan

Gambar: Kate Kalvach

Pada permulaannya kita kadang menganggap sesetengah situasi perlu untuk menipu semata-mata demi menjaga hati seseorang atau mungkin untuk kebaikan bersama. Namun padahnya apabila terbiasa dengan perbuatan ini ia menjadi semakin seronok untuk bercerita lebih lanjut sehingga berlanjutan kisah-kisah penipuan yang lain.

Jangan kita mudah menganggap penipuan kecil ini perkara biasa, sehingga kelak kita akan selalu menggunakan helah untuk menipu demi menutup penipuan yang lain.

Berkata-katalah yang benar selalu dengan apa situasi sekali pun. Ingatlah bahawa sepandai-pandai tupai melompat, akan terjatuh ke tanah juga.

Menokok Tambah Cerita Asal Demi Dapat Perhatian Pendengar

Gambar: Kate Kalvach

Setiap yang kita katakan ada kebaikan dan keburukan dalam hidup. Sentiasalah berwaspada menggunakan lidah dalam pertuturan kata seumur hidup di dunia.

Jangan terbiasa untuk menokok tambah cerita asal yang didengar. Hal ini terjadi apabila cerita asal yang didengar tidak begitu menarik point-pointnya atau mungkin point yang didengar tidak mengikut citarasa.

Setiap perbuatan kita itu pastinya akan membuat orang lain yang mendengar sakit hati atau terguris. Lebih baik diam sahaja dari terlalu asyik dengan mendapat perhatian untuk bercerita. Besar akibatnya nanti di dunia. Di akhirat kita boleh minta ampun hari ini, di dunia, carilah semula orang yang kita cerita untuk memohon maaf.

Suka Bawa Topik Perbualan Yang Didengar

Gambar: Kate Kalvach

Perbuatan seperti ini sering kali berlaku apabila aktiviti berkumpul atau melepak meluang masa bersama rakan-rakan. Masing-masing sibuk membicarakan sesuatu yang hanya didengar dari orang lain tanpa sengaja dijadikan topik perbicaraan.

Dengan hanya permulaan kata "Dengar cerita si pulan ni..." pastinya membuatkan pendengar terus excited untuk mendengar dan korek cerita lebih lanjut.

Tak susah untuk buat dosa-dosa kecil ini menjadi besar. Binalah hubungan yang baik sesama manusia selalu agar tiada masalah kita di akhirat kelak.

Sibuk Jaga Tepi Kain Orang 

Gambar: Wynand van Poortvliet

Manusia tak lari dari sifat ingin tahu. Namun keterlaluan dalam ingin tahu sehingga tanpa sedar memburukkan orang lain itu tidak sepatutnya berlaku. Masing-masing kita ada aib tersendiri, jika kita tahu kisah buruk seseorang, seeloknya kita tolong jaga dari tersebar kepada orang lain.

Kerana dari rasa ingin tahu ini yang akan buat topik perbualan makin hangat, disamping mengajak orang ramai untuk terus komen dan menghentam perbuatan dan kesalahan orang lain. Apakah kita ini terlalu maksum untuk sibuk hal kehidupan orang lain?

Dalam Diam Mengutuk Ciptaan Allah

Gambar: FuYong Hua

Manusia dicipta berbeza-beza. Ada yang perempuan, ada yang lelaki. Ada yang kurus ada pula yang gemuk. Ada yang sempurna sifat tubuhnya ada yang cacat sifat tubuhnya.

Kebiasaan ini berlaku apabila kita terlalu ikutkan hawa nafsu marah terhadap seseorang sehingga terlepas kata-kata yang mengutuk sifat fizikal ciptaan Allah.

Ya, pastinya itu memang tujuan asal untuk menyakitkan hati orang itu. Namun, perbuatan itu lebih teruk kerana ia menghina pula ciptaan Allah.

Beringat selalu ketika dalam keadaan marah, cubalah untuk berdiam diri dari berkata-kata. Jika tidak boleh berdiam diri, andai kata sedang berdiri, duduklah, andai pula sedang duduk berdirilah pergi ke kawasan lain. Banyak cara yang telah di ajar untuk berhadapan dengan situasi marah. Yang pasti jangan lakukan perbuatan yang tidak elok.