Sejahat Mana Pun Lelaki, Dia Pasti Mencari Wanita Yang Terbaik Untuk Dikahwini

lelaki pasti mencari wanita yang baik, lelaki yang jahat, wanita yang baik, kahwin

Sesiapa sahaja pasti menginginkan yang terbaik berlaku dalam hidupnya. Tak kira sama ada lelaki tersebut seorang yang jahat atau perosak, dia pasti mencari wanita yang terbaik untuk dijadikan permaisuri hati. Apatah lagi jika lelaki tersebut memang seorang yang baik dan sopan santun.

Tapi mereka tidak sedar bahawa wanita yang baik juga menginginkan lelaki baik yang mampu menjaga dan membimbing mereka ke syurga kelak. Disebabkan itu kebanyakan dari mereka tidak berfikir dahulu sebelum bertindak atau melakukan sesuatu hal yang akhirnya akan memberi impak besar dan kesan buruk di masa depan mereka.

Apa yang berlegar difikiran cetek mereka hanya keinginan berbuat dosa maksiat dan menuruti kehendak nafsu dalam mencari kesenangan yang sementara. Walhal ia hanyalah sebuah kebahagiaan yang merosakkan jiwa.

Kenapa Wanita Yang Baik Sahaja Menjadi Pilihan?


Hakikatnya semua lelaki adalah sama, mereka memilih wanita yang terbaik untuk dijadikan pasangan hidup selepas kahwin.

Bagi mereka wanita yang baik ini mampu untuk mengawal atau bersabar dengan sikap mereka yang teruk. Selain itu, mereka yakin bahawa wanita yang baik sanggup menerima kekurangan yang ada pada dirinya dan mengubah diri mereka ke arah lebih baik di masa akan datang.

Kebanyakan wanita yang baik akan setia pada si suami dan yakin serta patuh dengan takdir yang telah Tuhan tetapkan untuknya.

Masa Akan Menentukan Siapa Jodoh Yang Akan Jadi Pilihanmu


Bukan selamanya mereka akan bersikap sedemikian. Sampai satu ketika mereka tidak lagi mahu berfoya-foya dengan hidup.

Keinginan mereka mulai berubah untuk mencipta satu hubungan baru yang serius demi menentukan masa depan.

Disini mereka akan mencari wanita terbaik yang mereka yakin mampu untuk menjaga harta dan anak-anaknya kelak.

Apakah Yang Terlintas Dihatimu? Siapakah Yang Akan Bersamamu Kelak?


Tiada sesiapa pun yang tahu akan perjalanan hidup seseorang dimasa hadapan. Boleh jadi lelaki yang jahat tersebut berjodoh dan berpasangan dengan wanita yang baik. Dan bukan bermaksud takdir Tuhan itu kejam atau tidak adil bagi mereka kaum wanita yang baik.

Kerana ketetapan Tuhan itu mungkin sebagai amanah untuk dirinya agak dapat memperbaiki sikap dan akhlaq si lelaki jahat.

Tuhan adalah zat yang maha membolak balikkan hati hambanya, jangan berkecil hati jika anda ditakdirkan jodoh bersama si lelaki jahat, kerana setiap apa yang Tuhan tetapkan mesti bersebab, ada tujuan dan hikmah disebaliknya. Memang benar, pilihan di tangan kita tapi tiada apa yang dapat menghalang sekiranya Tuhan telah memilih kita untuk melalui ujian ini.

Sikap Kita Yang Akan Menentukan Siapakah Bakal Menjadi Pasangan Kita Kelak

Janji Tuhan memang tidak pernah salah. Dimana lelaki yang baik hanya untuk wanita yang baik, dan begitu juga sebaliknya. Tapi perlu kita tahu bahawa seseorang yang kita sangka baik belum tentu dia baik disisi Tuhan, dan orang yang kita sangkakan buruk juga belum tentu buruk disisi Tuhan.

Jodoh Dan Takdir Adalah Ketentuan Tuhan

Walaupun kita cuba memaksa atau mengelak untuk menerima seseorang, tapi segala takdir adalah atas ketentuan Tuhan. Dia lah yang maha memberi dan mengatur segalanya.

Setiap manusia tidak terlepas dari melakukan kesilapan dan menginginkan yang terbaik dalam hidupnya, tidak salah jika kita memberi peluang dan membantu si dia agar menjadi insan yang patuh dengan syariat Tuhan.