Tiada Lelaki Yang Memikat, Berikut Antara Tarikan Lelaki Terhadap Wanita Pilihannya

Gambar: @ismailhamzahk

Ramai wanita yang beranggapan bahawa semua lelaki hanya memilih wanita berdasarkan rupa paras yang cantik semata-mata. Walaupun tidak dinafikan bahawa ada sesetengah lelaki yang berbuat demikian tetapi tidak kesemuanya. Kecantikan bukanlah sebab utama seseorang lelaki itu jatuh hati.

Apa yang menjadi tarikan utama adalah kerana budi bahasa, sikap yang lemah lembut dan sopan santun. Dan kecantikan wanita hanyalah sebagai bonus untuk lelaki. Lelaki lebih cenderung kepada wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya dari segi minat dan cara berfikir. Seseorang wanita yang matang dan mudah untuk berkongsi cerita juga akan menarik si lelaki untuk berkawan.

Bagaimana Untuk Menarik Perhatian Lelaki?

Gambar: tandemxvisuals.com

Mungkin biasa kita dengar bila lelaki cuba mengorat wanita. Tapi bagaimana pula jika si wanita yang cuba mengorat lelaki? Tidak sama kaedah atau cara untuk wanita mendapatkan perhatian daripada lelaki kerana kadang kala sikap lelaki ini yang lambat untuk sedar dan perasan dengan hint yang cuba disampaikan.

Jangan Tunjukkan Diri Terdesak Ingin Mendapatkannya

Gambar: Dallehj

Ego dan lelaki tidak dapat dipisahkan. Kadang tu ego mereka tinggi melangit, lagi bertambah ego jika ada wanita yang cuba menawan hatinya. Mereka akan berbangga dan mempelekeh diri wanita tersebut dikalangan kawan-kawannya.

Mereka tidak mudah menerima dan menghargai sesuatu benda. Bagi pendapat mereka, jika mudah menerima dan mendapatkan, maka mudah juga untuk dilepaskan. Kawal reaksi anda, "jangan excited sangat tau".

Berpenampilan Menarik

Gambar: kilarov345

Penampilan seseorang memudahkan kita untuk memberi tafsiran terhadap keperibadiannya. Jadi melalui penampilan wanita tersebut akan memberi gambaran peribadinya sama ada minarik minat si lelaki atau tidak.

Jadi sebelum memulakan tugas harian. Persiapkan diri anda dengan pakaian yang menarik dan ceria dan jangan lupa untuk menggunakan make up yang simple. Lalaki kurang gemar dengan wanita yang pakai make up yang tebal. Dan yang menjadi hal penting adalah jaga adab. Tak kena kalau rupa lawa tapi perangai kelaut. Kawal keperibadian anda agar nampak ayu di mata lelaki.

Serlahkan Sikap Keibuan

Gambar: nathandumlaophotos.com

Wanita yang mempunyai sifat penyang terhadap kanak-kanak akan lebih menarik minat lelaki. Bagi mereka, jika seseorang wanita itu sayangkan kanak kanak, dia pasti bakal jadi seorang ibu yang baik untuk anaknya kelak.

Berikan Pandangan Mata Dengan Senyuman Yang Manis

Benar kata orang 'dari mata turun ke hati'. Anda boleh berikan tanda atau hint bahawa anda berkenan atau tertarik kepada si lelaki dengan cara memberikan pandangan ke matanya dengan senyuman yang manis, lelaki akan mudah perasan tujuan anda.

Senyuman wanita yang manis sangat mudah membuat lelaki terpikat disebabkan sifat semulajadi wanita yang lembut dan comel.

Bina Kepercayaan Si Dia Terhadap Anda

Gambar: @etienneblg

Lelaki akan berkongsi cerita atau masalah peribadi hanya kepada orang yang penting dalam hidupnya. Cuba untuk memahami dan menjadi pendengar yang baik. Jika anda adalah orang tersebut maka jangan sia-siakan peluang dan kepercayaan yang diberi. Simpan segala rahsia yang diceritakan hanya untuk anda. Jangan disampaikan pada orang ketiga.

Sokong Hobi Dan Minat Si Dia

Gambar: evertonvilafotografia.com.br

Dalam bab ini ramai wanita yang gagal kerana wanita sering menganggap hobi dan minat lelaki banyak ke arah perkara yang tak berfaedah atau membuang masa. Kadang-kala minat mereka ini pelik dan mahal. Cubalah sesekali sokong dan janganlah pula halang atau menentang minatnya selagi ia tidak membawa kepada keburukan.

Lemah Lembut Dalam Pergaulan

Gambar: Alexis Brown

Lelaki paling cair bila wanita cuba tonjolkan keayuan dan kewanitaanya. Sikap lemah lembutnya dalam bertutur pasti buat sang lelaki tertawan hati. Tapi anda kena pandai bezakan antara ayu dan control cun. Jika terlalu kawal setiap act sehingga menampakkan diri anda seperti seorang yang gedik pasti buat si lelaki hilang minat.

Bersikaplah seperti biasa, bersahaja dan sederhana. Bak kata orang, sempoi-sempoi gitu.

Lelaki Sukakan Wanita Yang Bijak

Gambar: Muhammad Ruqiyaddin

Bagi lelaki, wanita yang bijak kelihatan lebih seksi, tak perlu anda pakai pakaian yang ketat atau singkat untuk menonjolkan keseksian anda bagi memikat hati lelaki. Cukup sekadar anda uptodate dengan isu semasa dan perkembangan dunia serta matang dalam memberi pandangan. Orang kata 'matang itu nampak lebih menggoda'.

Meletakkan Agama Dalam Diri

Gambar: sunawang

Walaupun tugas lelaki sebagai ketua keluarga, namun anda juga hendaklah persipkan diri dengan ilmu agama.

Wanita yang berpegang pada agama akan meletakkan batas-batas dalam pergaulannya. Wanita yang berakhlak akan menjadi pilihan utama si lelaki kerana mereka akan berasa yakin dan mudah dipercayai.

Just Be Yourself

Gambar: Lesly Juarez

Akhir sekali, just be yourself. Jangan cuba fake kan diri anda hanya untuk pikat hati si lelaki. Memang semua orang ada kelemahan dan kekurangan tapi jangan lupa bahawa setiap wanita juga ada keistimewaannya.

Andai anda sudah jatuh hati padanya, tegurlah dan ajak berkawan untuk sama-sama kenal isi hati. Usah pendam perasaan terlalu lama. Inshaallah jika pasang niat yang betul pasti Tuhan permudahkkan urusan anda. Tetapi jika si dia menolak, terimalah dengan hati terbuka. Orang kata, 'kumbang bukan seekor'.