
Perkahwinan merupakan satu komitmen yang besar dalam hidup. Perkahwinan ini akan melalui pelbagai proses yang akan berlarutan sehingga jangka masa yang sangat panjang, dari perkenalan, menghasilkan cinta, menghargai cinta untuk pasangan, melahirkan zuriat, mendidik anak dan isteri sehingga mereka besar dan tua selagi umur masih dipanjangkan.
Bahasa mudahnya perkahwinan ini perlu dibina untuk terus bertahan lama. Salah satu rahsia yang penting sekali untuk kekal dalam perkahwinan adalah memastikan diri kita bersiap sedia. Berikut adalah antara beberapa perkara untuk membantu menjaga hubungan untuk terus kekal lama.
Komunikasi

Jangan hanya berbincang perihal keinginan untuk melahirkan zuriat sahaja, bincanglah juga perihal kewangan, perihal cara membesarkan anak-anak yang dilahirkan kelak, perihal emosi anda ketika itu yang sedang baik atau tidak. Lihat bagaimana respon pasangan tentangnya.
Jangan Bandingkan Hubungan Anda Dengan Pasangan Lain

Sebaliknya gunakan kebahagiaan orang lain itu sebagai inspirasi untuk membahagiakan pasangan kita.
Terima Pasangan Seadanya

Hal ini berbeza jika pasangan itu membuat kesalahan yang ketara, ianya bukan termasuk dalam bahagian cuba mengubah mereka. Setiap lelaki dan perempuan mempunyai tanggungjawab masing-masing dalam hubungan suami isteri. Setiap kesalahan baik lelaki mahupun perempuan, tegurlah dengan dengan cara yang baik.
Terus Amalkan Hubungan Romantik

Romantik ini bukan hanya dilakukan ketika kita sedang cuba untuk memikat seseorang yang kita minat, namun saat kita sudah berkahwin juga perlu untuk diteruskan amalan ini.
Contohnya bila keluar dari rumah, rajikan diri untuk sering berpegang tangan, ucapkan selamat pagi setiap hari, bantu uruskan hal-hal pengurusan rumah bersama dan pelbagai lagi.
Letakkan Kepercayaan Yang Tinggi Pada Pasangan

Kepercayaan yang tinggi pada pasangan sangat penting untuk miliki hubungan yang bertahan lama. Kenalilah pasangan dengan baik, jika ada pertelingkahan cubalah untuk mendengar dengan baik.
Jangan mudah bersangka sesuatu yang buruk terhadap pasangan. Setiap prasangka yang kita letakkan, pasti kita akan mengiyakan apa yang disangka tanpa cuba untuk memahami apa situasi yang sebenarnya yang berlaku.
Jika tidak ada bukti yang jelas bahawa pasangan kita itu cuba berbohong, layanilah dia seperti orang yang boleh dipercayai.
Letakkan Diri Untuk Komited Dalam Hubungan Jangka Panjang

Setiap pasangan yang hidup bahagia dan kekal lama melalui pelbagai cabaran dalam hidup seharian mereka. Mereka komited untuk terus hadapinya. Mereka bertahan walaupun harus lalui bertahun-tahun kesulitan dalam hubungan mereka. Kenapa? Kerana mereka masing-masing telah tetapkan dalam diri untuk komited dalam hubungan jangka masa panjang.
Setiap permasalahan yang timbul, cubalah untuk terus selesaikan dengan cara baik. Perkahwinan ini bukan hanya untuk sehari dua sahaja namun seharusnya ia dapat bertahan selamanya hingga akhir hayat yang memisahkan.