Tips Perbaiki Kualiti Tidur Bagi Yang Sukar Untuk Tidur Malam

Gambar: Kate Stone Matheson

Tidur yang berkualiti dan mencukupi adalah amat penting bagi menjaga kesihatan tubuh badan untuk jangka masa panjang. Lebih membimbangkan apabila kajian mendedahkan bahawa sebanyak 9 dalam 10 purata rakyat Malaysia yang mengalami masalah berkenaan tidur. Fakta ini merupakan antara hasil kajian yang dijalankan oleh Nielsen Malaysia mengenai corak dan tabiat tidur rakyat Malaysia. Adakah anda tahu bahawa waktu tidur yang tidak mencukupi akan memberi kesan buruk kepada prestasi kerja termasuk aktiviti seharian anda?.

Ya kebanyakan dari mereka yang alami masalah tidur mengaku bahawa mereka sudah mencuba pelbagai cara untuk perbaikinya namun masih tidak berjaya. Disini kami ingin berkongsi beberapa tips kepada anda untuk mendapatkan waktu tidur yang betul dan mencukupi.

Lakukan Senaman Atau Joging

Gambar: Erwan Hesry

Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu membantu tubuh badan anda bekerja dengan baik di siang hari dan memudahkan anda untuk mendapatkan waktu tidur yang nyenyak di malam hari. Mungkin saja kerana anda bekerja di pejabat yang kurang menggunakan fizikal membuatkan badan anda terasa lesu dan tidak bermaya. Rata-rata mereka yang aktif bersukan tidak alami masalah sukar tidur.

Bersihkan Diri terlebih Dahulu Sebelum Tidur

Gambar: Hannah Xu

Jadikan rutin anda setiap kali sebelum masuk tidur untuk basuh muka dan berus gigi terlebih dahulu atau lebih baik untuk berwuduk. Tapi andai anda nak kan tidur yang lebih selesa, anda boleh mandi dengan air suam. Air suam akan membuatkan badan anda berasa mengantuk dan dalam mood mengantuk.

Elakkan Menghadap Handphone, Tv dan Laptop

Gambar: Gaelle Marcel 

Pastikan elak dari mengadap fon, laptop, tv atau apa sahaja gadget yang akan membuatkan tumpuan anda terganggu bila masuk bilik untuk tidur. Gelapkan bilik dan padam semua lampu dan musik. Tidak perlu musik 'lullaby' yang kononnya akan memudahkan tidur kerana ia tetap akan mengganggu fikiran anda.

Kosongkan Fikiran

Gambar: David Clode

Ada yang mengatakan dengan membuat to do list untuk aktiviti esok membantu untuk memudahkan tidur, tetapi teknik ini tidak berkesan pada semua orang, adalah lebih baik untuk anda kosongkan fikiran dan tumpu pada keselesaan dan nikmat tidur seperti mana nikmat tidur yang anda bayangkan ketika berasa mengantuk di pejabat.

Set Untuk Tidur 30 Minit Lebih Awal Sebelum Waktu

Gambar: Sonja Langford 

Jika anda tahu bahawa anda perlu bangun seawal pukul 6 pagi, maka anda perlu tidur pada pukul 10 malam untuk mencukupkan 8 jam waktu tidur yang sempurna. Jadi anda perlu awalkan waktu masuk tidur pada pukul 9.30pm. Dengan cara ini anda tidak perlu lagi set alarm untuk kejut anda di awal pagi. Anda akan terjaga dari tidur sendiri kerana tubuh badan anda sudah mendapat waktu tidur yang mencukupi.

Semoga tips ini bermanfaat dan dapat membantu anda yang sedang mengalami masalah sukar malam. Selamat beramal dan Assalamualaikum wbt.