Ayat Biasa Sahaja, Namun Lebih Kejam Dari Saya Dah Tak Suka Awak

Gambar: chuttersnap

Dalam hubungan percintaan, masing-masing inginkan pengakhiran yang kekal abadi sehingga ke pelamin. Namun, setiap hubungan itu pasti ada masalah, salah satunya rasa bosan.

Pasti anda boleh tahu sama ada pasangan itu sedang rasa bosan atau tidak bersama kamu dengan hanya melihat respon dari perkataan yang dia ucapkan mahupun dengan cara dia tidak terlalu memberi respon.

Banyak perubahan jika dibandingkan dari mula berkenalan sehingga hari ini. Ada beberapa ayat yang nampak biasa sahaja namun maknanya menunjukkan lebih dari sekadar bosan apabila sudah lama bersama dengan anda.

"Saya Sibuk, Takda Masa Untuk Tolong Masalah Awak"

Gambar: NordWood Themes

Pada awal perkenalan, ayat ini sukar sekali untuk didengari walaupun sebenarnya ketika itu dia sibuk untuk memberi perhatian kepada anda, namun saban hari dia kian berubah.

"Saya Dah Bosan Dengan Hubungan Ni, Tak Tahu Kenapa"

Gambar: Christian Fregnan

Bila dia dah mula gunakan ayat ini dah meluah kepada anda, berhati-hati dengan kata-katanya kerana peringkat ini nampak dia segera ingin memutuskan hubungan namun enggan mengatakannya secara langsung.

Peka dengan situasi seperti ini, jika terus bersikap pasrah sahaja, anda akan hanya disakiti dalam diam bahkan ditinggalkan tanpa penjelasan lebih lanjut.

"Itu Dulu, Sekarang Lain"

Gambar: Siavash Ghanbari

Rasa bosan dalam hubungan akan banyak mengubah sikap seseorang. Jika anda persoalkan mengapa dia berubah pastinya ayat inilah yang akan digunanya.

Padahal dulu anda dan dia saling berjanji untuk terus mempunyai hubungan yang baik dengan cara saling berkomunikasi jika ada apa-apa masalah. Namun sekarang seseorang pastinya ambil langkah yang berbeza sama sekali

"Mak Ayah Saya Nampak Gaya Tak Suka Dengan Awak"

Gambar: Nik Shuliahin

Belum lagi saling bawa berjumpa dengan orang, namun terus ayat ini keluar dari mulutnya. Padahal kalau difikirkan secara logik, yang tidak suka dengan anda bukanlah orang tuanya, tetapi dirinya sendiri.