Ini Sebab Kenapa Lelaki Pilih Untuk Diam Ketika Ada Masalah

Gambar: mohamed Abdelgaffar 

Dalam hubungan rumah tangga tak semuanya isteri akan tahu tentang apa yang suami lalui sepanjang hari. Kadang suami lebih memilih untuk tidak berkata apa tentang sesuatu yang terjadi demi menjaga hati isteri supaya terus ceria hidup bersamanya.

Bukan tidak merasa bersalah dengan tingkah laku memendam perasaan, tapi demi ingin melihat senyuman isteri, suami memilih untuk diam.

Namun tak mudah bagi isteri untuk terus memahami tindakan suami tanpa penjelasan yang lebih terperinci. Ada pula yang memilih untuk terus marah kerana seakan perbuatan itu seperti suaminya sedang berbohong, melarat sehingga si isteri pula yang berfikiran macam-macam sehingga masalah yang asalnya perkara kecil menjadi semakin rumit.

Dia Tak Mahu Wanita Kesayangannya Bersedih Hati

Gambar: Jeswin Thomas

Berkongsi cerita yang menyeronokkan suatu perkara mudah bagi suami. Namun semuanya terasa susah apabila berlaku suatu yang tidak menyenangkan. Apatah lagi untuk dikongsi ceritanya.

Hal ini yang membuatkan mereka berdiam diri, kerana tidak mahu melukai hati dan membebankan fikiran isterinya.

Dia Tak Mahu Masalah Menjadi Lebih Rumit

Gambar: Vera Arsic

Kadang lelaki beranggapan bahawa masalah akan menjadi rumit jika si isteri mengetahuinya. Ini biasa terjadi kerana suami sudah cukup kenal dengan si isterinya.

Dengan sifat isteri yang suka gaduh dalam menghadapi masalah membuatkan si suami lebih selesa untuk diam sahaja buat sementara waktu sehingga ada waktu yang sesuai untuk diceritakan.

Dia Tak Mahu Ada Pertelingkahan

Gambar: Vera Arsic

Cukup dengan satu masalah, lelaki tak suka masalah timbul terlalu banyak dan mereka lebih suka fokus satu per satu untuk diselesaikan.

Jika masalah itu dikongsikan terus, kebarangkalian untuk si isteri persoal dengan pelbagai soalan sehingga timbul kesalahan suami yang dia nampak mulalah adengan marah-memarah isteri kepada suami.

Si isteri terus-menerus memprotes suami kerana kurang berhati-hati. Sedangkan si suami tidak suka mendengar suara lantang isteri dalam menasihat dirinya. Bila dalam masalah, si suami perlukan seseorang untuk bersemangat dalam menghadapinya.

Dia Sudah Cukup Kenal Dengan Sifat Isterinya

Gambar: Odonata Wellnesscenter

Mengapa perlu suami berdiam diri tidak berkongsi masalah bersama isteri sedangkan hidup bersama.

Kadang sifat isteri itu sendiri yang mendorong suami untuk bertindak sedemikian. Sifat yang suka mengatur, terlalu mengawal, mudah marah ini yang membuatkan mereka memilih untuk berdiam diri dalam mengurus masalah mereka.

Dia Tidak Mahu Kemarahannya Terlepas Sehingga Melukaimu

Gambar: NEOSiAM 2020

Lelaki cenderung memilih untuk berdiam diri untuk memendam emosinya. Mereka berbuat demikian kerana takut kemarahan yang ada dalam dirinya terlepas sehingga melukakan hati isteri tanpa sedar.

Marah jika sudah terlanjur pelbagai lagi isu yang akan terjadi, hati isteri juga akan terkesan lama dengan perbuatan sedemikian.