Kenapa Perlu Takut Single, Sedang Kita Adalah Hamba Yang Memberi Jodoh

Gambar: Danang Wicaksono

Jangan risau dengan status single kerana kita semua adalah hamba kepada Yang Maha Menjodohkan. Walau hari ini masih single, belum tentu selamanya akan single.

Kerana Allah sudah takdirkan setiap orang berpasangan dan yang ditakdirkan untukmu kelak tidak akan pernah tertukar dengan milik orang lain.

Nikmati saja saat single ini, single bukanlah sesuatu yang buruk malah banyak lagi perkara yang boleh dilakukan sebelum bernikah.

Tak Perlu Takut Tiada Yang Mencintai

Gambar:  Samuel Silitonga

Biarlah tiada siapa yang mencintai sebelum nikah itu lebih baik dari berbuat dosa secara percuma. Allah tetap ada mencintai kita.

Jagalah Allah, Allah jaga kita.

Kita Hanya Hamba, Jodoh Itu Rahsia 

Gambar:   Giuseppe Russo

Kita hanyalah hamba di muka bumi ini, jangan terlalu menanti siapa jodoh kita. Ingat kembali tujuan hidup di dunia ini untuk sujud padaNya disamping beri manfaat kepada masyarakat dengan kudrat yang diberi.

Mustahil Tak Laku

Gambar: Ekrulila

Single bukan bermakna tidak laku. Biarpun masih belum punya pasangan buat sementara, tidak laku itu mustahil sekali.

Menikah itu pasti akan tiba saatnya, namun sudah bersiap sediakah?

Allah Telah Menjanjikan Setiap Sesuatu Berpasangan

Gambar: KayR Studios

Kenapa perlu takut sedang Allah telah menjanjikan setiap sesuatu berpasangan? Jagalah fikiran untuk berfikiran positif selalu. Janji Allah itu tidak perlu dipersoal.

Yakinlah dengan janji Allah, jalani hidup seperti biasa, berkawanlah dengan orang ramai dan kelak suatu hari Allah pertemukan jodoh bersyukurlah akan nikmatNya.