Sudut Positif Kelebihan Hubungan Jarak Jauh

Gambar:  Alexander Lam

Ramai yang menganggap hubungan jarak jauh ini sangat membuang masa dan kebanyakannya pastinya akan gagal dipenghujung. Lebih memburukkan lagi apabila ada rakan yang dalam hubungan jarak jauh, persoalan yang sering di ajukan adalah seperti "Kau yakin ke dengan dia? Entah-entah dia ada orang lain kat sana?"

Tidak mustahil pastinya mereka yang ada hubungan jarak jauh ini merasa curiga apabila di ajukan soalan sebegini. Apapun yakinlah dengan pasangan, wujudkan komunikasi yang baik antara satu sama lain, hubungan jarak jauh ini banyak saja keuntungannya daripada terus fikirkan hal-hal yang negatif.

Jarang Keluar, Boleh Berjimat Untuk Masa Depan

Gambar: Sandy Millar

Bayangkan kalau pasangan kita itu berada dekat, sudah tentu setiap minggu ada sahaja ajakan untuk keluar berjalan-jalan luangkan masa di mall, kafe, atau sekadar ambil angin merasa kedai-kedai makan menarik. Setiap kali keluar pastinya mengeluarkan kos untuk berbelanja.

Setidaknya jika hubungan jarak jauh ini, boleh berjimat untuk masa depan. Jangan pula diboros untuk kegunaan lain pula.

Boleh Luangkan Masa Dengan Keluarga dan Kawan-kawan

Gambar: Kevin Delvecchio 

Kadang ada masanya mereka yang hubungan jarak jauh ini dipandang seperti single. Walaupun jarak yang memisahkan, namun komitmen dalam hubungan hingga ke pelamin harus berjalan seiringan biarpun apa kata orang.

Masa yang ada ini boleh diguna untuk merapatkan lagi hubungan bersama keluarga dan rakan-rakan. Jangan dijadikan hubungan percintaan memisahkan hubungan kekeluargaan dan rakan-rakan.

Bila Bosan Dengan Tempat Sendiri, Boleh Jalan-jalan Di Tempat Si Dia

Gambar: Erik Odiin

Bila terlalu sibuk dengan hal rutin harian dan teringin untuk ambil angin berjalan ke tempat luar kawasan tempat, anda boleh mengambil kesempatan ini untuk belajar dan mengenal kawasan tempat tinggal si dia.

Dalam masa menikmati percutian di tempat baru, anda juga boleh meluangkan masa bersama dia sekali-sekala. Paling tidak itu suatu suasana yang menyeronokkan.

Lebih Mesra Bila Bertemu Sekali-sekala

Gambar: sept commercial

Berjumpa pun ambil masa 6 bulan sekali, ada juga sehingga setahun sekali. Secara tidak langsung tidak banyak kenangan bersama yang ada.

Tapi bila sampai masa untuk berjumpa perasaan excited pastinya terserlah. Pelbagai aktiviti yang dah dirancang untuk dilakukan bersama. Setiap masa yang terluang sudah tentu sangat bermakna sekali.

Jarang Bertemu Jadi Batas Pergaulan

Gambar: Tristan Gevaux

Dari hubungan jarak jauh ini membantu anda untuk membataskan hubungan terlalu berdekat dengan pasangan. Walau dengan cara penglihatan sahaja nafsu seseorang boleh saja goyah.

Jadi setidaknya hubungan jarak jauh beri kelebihan buat anda untuk jaga diri masing-masing supaya tidak berlaku hal yang tidak diingini.

Mengajar Erti Sabar Dalam Berpasangan

Gambar: Alif Ngoylung 

Jarak membuatkan anda dan dia jarang bertemu, hal ini pastinya datangkan perasaan rindu yang mendalam. Dengan jarak inilah juga anda harus banyakkan bersabar dalam menahan dorongan rindu ingin berjumpa.

Dalam sabarnya anda itu, banyak lagi ujian lain yang mendatang menguji tahap kepercayaan masing-masing. Berkomunikasilah dengan baik supaya tidak berlaku salah faham yang terlalu lama.

Dengan jarak inilah juga beri banyak pengajaran supaya anda terus kuat bersama dengan dia, serta masing-masing berusaha untuk menguatkan hubungan.

Hubungan jarak jauh ini tidaklah mudah. Tapi percayalah dengan perjalanan hubungan yang sudah anda bina, setiap isu yang timbul setiap masalah yang ada pastinya ada penyelesaiannya. Cubalah untuk cari penyelesai, sebab suatu hari nanti apabila sudah sebumbung perkara yang sama juga perlu anda terapkan.