Walaupun Tak Cakap, Ini Tanda Yang Boleh Nampak Kalau Lelaki Sayang

Gambar:  Tim Marshall 

Lelaki ni kadang misteri juga, dengan sikap yang tak suka meluah apa yang dia rasa dan fikir sehingga membuatkan perempuan selalu tertanya-tanya. Tidak hairan kenapa perempuan jadi overthinking dan confuse.

Dari sudut sikap lelaki itu sendiri kadang nampak tanda macam suka, padahal belum tentu juga dia suka kerana manusia itu dasarnya berbuat baik dengan orang lain.

Jadi daripada sibuk fikir sendiri dengan berbagai persoalan yang tak terjawab dalam hati, jom tengok tanda yang ada sama ada lelaki yang rapat itu sebenarnya suka dengan anda atau tidak.

Cara Dia Bersembang Banyak Buat Tersenyum dan Ketawa, Walaupun Kadang Rasa Annoying

Gambar:  Priscilla Du Preez

Gurauan lelaki dan perempuan ni banyak beza dia. Tidak hairan kalau perempuan mudah terasa hati dengan cara lelaki bercakap. Bagi mereka perkara seperti itu hanya untuk hiburan yang tidak ada niat untuk buat sesiapa terasa.

Kalau dia selalu beri perhatian, berusaha untuk buat anda tersenyum, ketawa atau terasa annoying, sebenarnya dia yang mahu anda beri perhatian kepada dia. Walaupun kadang pasti ada rasa annoying dengan perbuatan dia, sebenarnya dia tengah seronok dengan momen itu.

Hal Kecil Pun Dia Sanggup Lakukan Untuk Anda

Gambar:  Priscilla Du Preez

Lelaki ini suka jadi hero untuk gadis idamannya. Yang penting dia boleh selalu contribute something untuk si pujaan hati walau untuk perkara kecil sekalipun.

Niat dia untuk bantu dengan hal yang lebih besar tapi perkara seperti itu sulit sekali jika masih belum rapat dengan anda. Jadi situasi yang lebih mudah untuk dia bantu hanya dengan perkara yang lebih kecil. Seperti pinjamkan cable untuk cas telefon, bagi tisu, pinjamkan pensel untuk diguna sementara, belikan barang di kedai. Macam-macam lagi contoh benda kecil tapi sebenarnya bermakna bagi lelaki.

Hujung Minggu Atau Cuti Sering Persoal Apa Nak Buat 

Gambar:  Anastasia Dulgier 

Ya, pertanyaan yang entah berapa kali lelaki ni tak pernah mereka akan bosan untuk diungkap. Kerana terlalu suka dengan anda, dia selalu ingin tahu apa kegiatan harian dan apa yang selalu anda suka buat. Jika ada keserasian dia akan selesa dengan itu. Tapi jika ada perbezaan, dia akan persiapkan diri untuk biasakan dengan cara anda.

Mudah Rapat Dengan Kawan-kawan Anda

Gambar:  Felix Rostig

Jangan terkejut kalau nanti bawa jumpa dia kenal dengan kawan-kawan lain tiba-tiba sahaja dia nampak macam rapat padahal baru pertama kali jumpa. Dengan cara ini dia akan lebih rasa rapat dan mengenal anda dengan lebih jauh.

Habiskan waktu bersama rakan anda yang lain berikan banyak informasi baru buatnya tentang diri anda. Ada perkara yang susah untuk ditanya secara direct, jadi dia akan gunakan perantara seperti ini untuk lebih mendekat dengan anda.

Jangan Pelik Dengan Panggilan Unik Dia Berikan Untuk Anda

Gambar:  Pablo Merchán Montes 

Lelaki ini memang suka bergurau. Selain cerita-ceritanya yang kelakar kadang ada yang rasa annoying, dia juga akan berikan panggilan unik untuk anda mengikut situasi. Bukan satu sahaja, tapi akan ada banyak panggilan unik yang akan diberikan. Tapi panggilan itu jika dia betul-betul sudah rasa selesa dengan anda.

Luangkan Masa Dengan Kawan Dia

Gambar: Andre Hunter 

Anda juga boleh cuba untuk menguji dia sama ada betul atau tidak suka dengan sesekali luangkan masa dengan kawannya. Sama ada dengan cara perjumpaan atau chatting di whatsap yang penting biar dia tahu perbuatan itu.

Tak perlu rasa jahat dengan perbuatan itu daripada terus sibuk tertanya-tanya sama ada betul atau tidak dia suka lebih baik terus menguji. Namun jika dia berikan respon yang negatif, itu satu tanda positif dan negatif. Positifnya betul dia sukakan anda, negatifnya semoga anda mampu memujuk. ;p

Tidak Segan Hantar Balik Rumah Atau Sekadar Teman Menunggu Public Transport

Gambar: Victor Xok 

Bagi lelaki, teruk perbuatan tak tolong hantar balik rumah selepas seharian luangkan masa. Paling tidakpun dia akan teman anda jika anda menaiki pengangkutan awam.

Dia juga akan minta anda untuk maklumkan kepadanya jika sudah sampai ke rumah dengan selamat. Itu salah satu caranya untuk tunjuk tanggungjawab kepada gadis pilihannya.

Bila Anda Perlukan Bantuan Segera, Dia Akan Berhenti Sebentar Aktiviti Yang Dia Sedang Lakukan

Gambar: Victor Xok

Sesibuk manapun dirinya, jika anda perlukan bantuan dia akan luangkan masa untuk membantu. Baginya kesempatan itu tak boleh disia-siakan kerana akan ada penyesalan jika tidak dimanfaatkan.

Walaupun anda tidak meminta, jika dia lihat anda seperti perlukan bantuan dia akan tolong juga.

Banyak Perubahan Yang Terjadi Padanya

Gambar: Cristofer Jeschke

Hal ini sebenarnya siapa pun akan buat. Demi kebaikan bersama pelbagai perubahan akan ada dalam diri. Tidak semestinya dari segi luaran, dalaman juga termasuk.

Contohnya lebih bersemangat untuk kerja lebih demi mencari rezeki hidup bersama.

Dia Selalu Menghilang Atau Jauhkan Diri Bila Rasa Ragu Anda Akan Menerima Dirinya

Gambar: Chetan Menaria

Walaupun banyak tanda yang nampak dia sebenarnya sukakan anda, jangan terkejut tiba-tiba dia menghilangkan diri. Lelaki juga manusia biasa yang rasa sangsi dengan kebolehan dirinya.

Ada masa dia akan rasa risau atau ragu. Jika ada respon yang tidak baik dia nampak dari anda, kerana itu dia akan rasa tidak tenang sehingga menjauhkan diri buat sementara. Ambillah juga masa untuk lebih mengenali dirinya supaya dia rasa kembali bahawa anda juga ada perasaan terhadapnya.