5 Sikap Yang Menandakan Anda Bersedia Untuk Berkahwin

persediaan kahwin, sikap bersedia kahwin

Setiap tahun umur makin meningkat, namun jodoh masih belum ada. Sabar, itulah senjata paling mujarab untuk menenangkan diri. Boleh jadi belum jodoh ni kita masih belum bersiap sedia tentang beberapa perkara.

Sudah tentu kelengkapan agama itu satu keperluan dalam membawa kehidupan bersama ke arah jalan yang lurus. Namun tentang perkara lain bagaimana pula?

Bersedia Zahir dan Batin, Tidak Fikir Nafsu Semata-mata

Nak kahwin kerana nafsu itu tidak mustahil. Nafsu terbahagi dengan banyak kerana ia merangkumi hal batin. Nafsu ingin berkongsi hidup, saling menyayangi, juga nafsu keinginan hubungan seksual.

Namun dalam berkahwin jangan nafsu yang diburu, fikirkan dengan mata adakah sudah bersedia secara zahir? Jika ya, apa lagi ditunggu. Menikah juga satu ibadah.

Faham Tujuan, Ada Pendapatan Tetap dan Berdikari

Penting bila kahwin, setiap orang ada tanggungjawab masing-masing. Pastikan bersedia dalam segala hal termasuklah punyai rumah, kenderaan malah kos-kos lain dalam keperluan rumah.

Bersedia Secara Mental

Jangan terlalu ikutkan trend terikutkan kawan-kawan semua yang sudah berkahwin. Pastikan mental sudah bersedia untuk terima segala ujian bakal mendatang. Fikirkan secara mendalam, banyakkan bertanya dengan orang yang berpengalaman tentang persediaan yang perlu diambil kira sebelum berkahwin.

Terima Kelebihan dan Kekurangan Yang Ada Pada Pasangan

Menerima segala kekurangan serta kelebihan pasangan ini suatu perkara yang sangat wajib. Kalau tak boleh terima, tak perlu kahwin. Berikan penjelasan, beri kata putus untuk akhirkan hubungan dengan baik.

Bersedia Terima Keluarga Baru

Berkahwin bukan sekadar menyatukan anda dan dia, malah keluarga anda serta keluarga dia. Pastinya suatu hubungan keluarga besar terjalin disitu.

Bersiap sedialah untuk terima dan mengenali ayahnya si dia, ibunya si dia, adik beradiknya serta setiap semua hubungan yang ada pertalian darah.