Belum Ada Rezeki Lahirkan Anak, Ingat 5 Perkara Ini Supaya Anda Terus Bersyukur


Dalam hubungan suami isteri pastinya kelahiran anak itu suatu saat yang dinantikan. Namun tidak semua pasangan yang berpeluang untuk menikmati saat itu.

Kesuburan atau berpenyakit merupakan faktor yang menyebabkan susahnya memiliki anak. Namun janganlah berputus asa dan berkecil hati.

Dalam perkahwinan anda dan pasangan perlu terus laksanakan amanah dengan sebaiknya. Bersabar, terus menyokong satu sama lain dan tidak menyalahkan sesama sendiri.

Berfikirlah secara positif dan eratkan lagi hubungan secara harmoni. Berikut kami kongsikan 5 sudut supaya anda terus beryukur.

Kejayaan Rumah Tangga Bukan Terletak Pada Adanya Keturunan, Namun Pada Keikhlasan Untuk Menerima

Binalah kepercayaan bersama pasangan anda bahawa mempunyai anak bukanlah satu-satunya sumber kebahagiaan dalam rumah tangga. Walaupun rasa tak lengkap dan hambar tidak mempunyai anak, sumber kebahagiaan sebenarnya terletak pada setiap hati masing-masing.

Kurangkan terlalu bergantung mempunyai anak merupakan kunci kebahagiaan. Cubalah tiru pasangan lain yang tidak mempunyai anak selama bertahun-tahun tetapi masih boleh hidup harmoni dalam rumah tangga.

Anak Merupakan Rezeki Yang Paling Indah, Namun Jika Belum Ditakdirkan Allah Pasti Gantikan Dengan Rezeki Lain

Lihat kembali kesenangan yang telah anda capai setelah berkahwin. Mungkin hari ini anda tidak punyai anak, tetapi telah berjaya dalam bidang kerjaya malah telah dikurnia lagi peneman hidup yang diimpikan ketika bujang dahulu.

Masih Diberi Kebebasan Waktu Bersama Pasangan Untuk Menjalin Hubungan Yang Lebih Erat

Hubungan erat antara suami isteri antara kunci kepada keharmonian rumah tangga. Nikmatilah saat yang masih ada bersama pasangan sambil terus saling menyokong satu sama lain.

Kerana mungkin apabila tiba rezeki anda dikurniakan anak kelak, anda dan pasangan tidak punyai banyak masa untuk berdua.

Anak Juga Satu Bentuk Tanggungjawab Yang Besar

Tanggungjawab yang besar ketika mempunyai anak harus dipikul oleh ibu bapa. Sebilangan besar dapat menanggungnya dan banyak yang menyerah atau merelakan anak mereka.

Oleh itu, bersyukurlah apabila anda belum diberi tanggungjawab yang besar. Ini bermaksud bahawa anda bebas dari godaan yang Tuhan berikan kepada setiap ibu bapa.

Bersabarlah Sambil Tingkatkan Kualiti Diri

Penantian yang lama berserta tahap kesabaran yang tinggi membuatkan anda mengubah pandangan yang lebih luas dan meningkatkan kualiti hidup bersama pasangan dan mungkin ketika tiba saat itu, Allah akan membalas kesabaran anda serta pasangan dengan kelahiran anak yang baik.

Keturunan bukanlah syarat untuk bahagia bersama pasangan. Tetaplah positif sepanjang tempoh menunggu sehingga anda dapat menjadi ibu bapa yang terbaik untuk anak-anak anda.