Layanan Maskot Polar Bear Coca Cola Hiburkan Para Pengunjung Dalam Sesi Bergambar

Coca Cola Polar Bear Mascot

Mungkin ada antara korang yang pernah saksikan video polar bear maskot dari Coca Cola ini kerana kebanyakan video yang dimuatnaik bertahun lamanya di Youtube. 

Namun aksi menghiburkan polar bear ini sekali lagi mencuri tumpuan di reddit apabila post salah seorang penggunanya iaitu u/makulix telah mendapat upvote sehingga 30,800 kali dalam masa 11 jam sahaja.

Yang lebih mencuri perhatian adalah apabila maskot dari Coca Cola ini bukanlah maskot yang biasa kita lihat kerana topeng mukanya mampu untuk menggerakkan telinga, membuka mulut dengan luas serta mampu untuk membuat ekspresi muka. 

Ciptaan maskot ini sangat unik sehingga ramai pengguna internet melalui reddit serta youtube memuji semangat kerja individu yang bekerja sebagai maskot polar bear ini. Dia dilihat sangat enjoy dengan kerjanya.

Berikut kami kongsikan pautan dari youtube koleksi video yang telah dimuatnaik. Semoga hari korang terhibur! 



Tak puaskan? Ini lagi video dari pengguna youtube yang lain.

Macam mana agaknya dia kawal maskot ni eh?