Sebelum Mula Berniaga, Pastikan Anda Sanggup Tempuhi 10 Perkara Ini

sebelum mula berniaga

Perniagaan bukan perkara yang semudah kita lihat sepertima mana kejayaan yang ditunjukkan oleh orang lain. Banyak perkara suka-duka dalam cabaran berniaga.

Sebelum terus berniaga, cubalah ambil tahu dahulu perkara yang bakal anda tempuhi sama ada anda sanggup atau tidak untuk tempuhinya. Dari situ anda boleh tentukan mahu teruskan atau tidak untuk mula berniaga. 

Jika tak sanggup, lebih baik jangan mulakan. Dunia ini keras dan kejam. Segalanya tidak seindah yang disangka-sangka. 

Namun jika anda sanggup untuk mulakan, ianya pasti perjalanan yang panjang dan sangat memeritkan. Jika jatuh, bangun dan buat lagi. Jatuh lagi? Bangkit dan terus berlari. 

Ulang, dan terus ulang setiap kali jatuh. Sebanyak mana anda jatuh, sebanyak itulah anda terus bangun. 

Berikut kami kongsikan 10 perkara asas yang pasti anda akan tempuhi kelak apabila mula berniaga. 

1. Tak cukup masa bersama keluarga tersayang apatah lagi dengan kawan-kawan.

2. Banyak masa dihabiskan untuk urusan perniagaan namun duit yang ada hanya cukup-cukup makan.

3. Isteri/suami, mak ayah, mertua, rakan-rakan siapa pun disekeliling anda akan pertikai usaha anda. 

4. Setiap kali hujung bulan pasti resah akan kemampuan untuk membayar gaji staf.

5. Bisnes sekian lama beroperasi, namun tetap dalam pasukan yang kecil.

6. Terlalu banyak menjaga hati orang sekeliling walau merekalah yang merendahkan diri anda, sedangkan hati sendiri tak terjaga. 

7. Kerap menangis sendirian, tekanan yang ada tak mampu diluahkan. Teman untuk diluahkan pun bersyukurlah jika ada. 

8. Keuntungan syarikat tak seberapa, penatnya rasa sampai nak hilang nyawa. 

9. Bercakap seorang diri itu perkara biasa.

10. Kerap diuji dengan kisah orang lain yang lebih berjaya walaupun anda yang mula berniaga dahulu. 

Banyak lagi yang akan anda lalui dan setiap perkara yang anda lalui pasti akan buatkan anda rasa down rasa bisnes yang dibuat tak betul, rasa nak berhenti, rasa buang masa, rasa kenapa tak berjaya lagi. 

Ingat, bila dah pilih untuk berniaga, teruskan usaha dan jangan mengalah.