10 Khasiat Susu Yang Tidak Pernah Anda Ketahui, Walaupun Ianya Diminum Setiap Hari


"Susu. Baik untuk tubuh badan anda!" Itulah yang dikatakan dalam iklan selama bertahun-tahun. Namun, adakah anda pernah terfikir apakah yang sebenarnya susu ni buat dekat badan anda? Tak pernah? Baiklah, sudah tiba masanya. Pasti anda minum lebih lagi dari kebiasaan yang anda ambil setelah membaca artikel ini!

Kelebihan Kepada Kulit

Susu membantu kulit anda menjadi lebih kenyal, lembut, dan berseri. Ini disebabkan oleh kandungan susu yang kaya dengan vitamin dan nutrien yang penting untuk kesihatan kulit. Meminum susu sekurang-kurangnya dua gelas sehari akan memberikan anda manfaat ini.

Gigi Menjadi Kuat

Susu adalah sumber kalsium terbaik, dan itulah yang diperlukan oleh gigi anda. Di samping itu, susu juga membantu mencegah kaviti dan kerosakan gigi. Kalsium hanya dapat diserap oleh tubuh anda hanya bila adanya vitamin D, jadi pastikan susu yang anda minum diperkaya dengan vitamin D.

Tulang yang Sihat

Budak kecil memerlukan susu untuk memastikan tulang mereka sihat, dan memastikan pertumbuhan yang betul. Akan tetapi, orang dewasa juga memerlukan susu agar dapat menjaga tulang dan memastikan ia kuat, yang akan mengurangkan risiko terkena osteoporosis.

Pertumbuhan Otot

Susu juga bagus untuk meningkatkan pertumbuhan otot. Ini disebabkan oleh protein yang terdapat dalam susu. Ramai atlet minum susu setelah bersenam, kerana ia memberi nutrien penting kepada tubuh untuk kembali pulih. Di samping itu, susu juga membantu mencegah sakit otot dan mengisi semula cecair yang hilang semasa melakukan aktiviti fizikal.

Penurunan Berat Badan

Kajian membuktikan bahawa wanita yang minum susu setiap hari lebih cenderung untuk turun berat badan berbanding wanita yang tidak meminum susu. Masa terbaik untuk minum segelas susu adalah semasa makan malam atau makan bersama buah.

Mengurangkan Stress

Jumlah kandungan vitamin dan mineral yang ada pada susu berfungsi sebagai penghilang stress. Setelah penat seharian bekerja di pejabat, duduklah dan minum segelas susu. Ini dapat membantu melegakan ketegangan otot dan menenangkan saraf anda.

Mengurangkan Simptom PMS

Ramai wanita mengalami simptom PMS. Susu terbukti dapat merehatkan badan dan mengurangkan kesan negatif yang dialami wanita semasa kitaran haid mereka.

Meningkatkan Tenaga

Tahukah anda susu juga bagus untuk meningkatkan tenaga anda? Segelas susu sejuk dapat memberikan anda tenaga dan meneruskan aktiviti harian anda.

Penyejuk Pedih Ulu Hati

Terdapat banyak makanan yang mengandungi asid yang menyebabkan badan mengalami pedih ulu hati. Akan tetapi, salah satu ubat yang simple dan sedap untuk menghilangkan sakit ulu hati adalah dengan meminum segelas susu. Sensasi yang menyejukkan dan ketebalan air susu membantu melapisi esofagus dan lapisan perut untuk mengelakkan pedih ulu hati.

Melawan Penyakit

Sejak beberapa dekad yang lalu, para penyelidik mendapati bahawa susu dapat membantu mencegah pelbagai penyakit. Ini termasuk kemampuannya untuk membantu menurunkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan risiko strok. Di samping itu, susu juga mempunyai keupayaan untuk mengurangkan pengeluaran kolesterol, dan membantu meningkatkan penglihatan. Terdapat sebilangan penyelidik yang percaya bahawa susu juga dapat mengurangkan risiko anda menghidap kanser tertentu.