10 Makanan yang Mengandungi Zat Besi, Mudah Didapati dan Baik Untuk Kesihatan


Makanan yang mengandungi zat besi sangat baik, kerana ianya adalah salah satu mineral penting yang diperlukan oleh badan kita. Makanan ini boleh anda temui dan dimakan bila-bila masa dan di mana sahaja anda berada.

Salah satu fungsi utama zat besi adalah sebagai komponen pembentukan hemoglobin (Hb) dalam sel darah merah. Hb berfungsi untuk membawa oksigen dari paru-paru ke semua sel dalam badan. Selain itu, zat besi juga penting untuk menguatkan daya tahan tubuh badan.

Jika anda kekurangan zat besi dalam badan, ianya boleh menyebabkan penyumbatan bekalan hemoglobin dalam darah. Pelbagai penyakit akan timbul. Sebagai contoh, seperti kekurangan darah merah atau anemia.

Kekurangan zat besi juga dapat membuatkan anda mudah letih, otak tidak berfungi sepenuhnya, sistem ketahanan badan menurun, dan gangguan pertumbuhan dan perkembangan pada anak-anak

Berikut merupakan makanan yang kaya dengan zat besi yang mudah untuk didapati di pasaraya berhampiran.

Kuning Telur

Telur adalah makanan kegemaran dan menjadi salah satu makanan yang mudah dijumpai dan didapati di mana-mana. Telur mengandungi semua jenis mineral, termasuk zat besi, dan vitamin B. Namun, zat besi dalam telur banyak terdapat di kuning telur. Oleh itu, jika anda ingin mendapatkan pengambilan zat besi yang mencukupi, anda boleh memakan kuning telur sahaja.

Daging Merah

Daging merah merupakan salah satu makanan yang sedap jika dimasak dengan baik dan betul. Contoh daging merah adalah daging lembu. 100 gram daging lembu mengandungi sekurang-kurangnya 201 kcal tenaga, 14 gram lemak, dan 2.8 miligram zat besi. Selain itu, daging lembu juga mengandungi protein tinggi.

Sayur Brokoli

Selain mengandungi zat besi, brokoli juga mengandungi vitamin K, magnesium, dan vitamin C yang boleh membantu meningkatkan penyerapan zat besi. Brokoli juga merupakan makanan antioksidan tinggi yang baik untuk meningkatkan sistem kekebalan tubuh dan dapat melambatkan penuaan. Setiap 100 gram brokoli mengandungi 0.75 miligram zat besi.

Nasi Putih

Siapa sangka, makanan wajib yang kita selalu makan start dari kecil lagi mengandungi zat besi yang cukup banyak. Dalam satu cawan beras putih sahaja boleh mengandungi kira-kira 8 miligram zat besi. Selain itu, nasi juga merupakan makanan yang merupakan sumber karbohidrat yang baik.

Kacang

Beberapa jenis kacang, seperti kacang peas, dan kacang soya adalah makanan yang mengandungi zat besi. Dalam 100 gram kacang soya sahaja mengandungi 10 miligram zat besi. Manakala dalam 100 gram kacang peas mengandung 7.5 miligram zat besi.

Sayur Bayam

Manfaat dan kandungan nutrien dalam bayam memang tidak dapat diragukan lagi. Salah satu kandungan yang ada pada sayur bayam adalah zat besi. 100 gram sayur bayam mempunyai lebih dari 2 miligram zat besi, vitamin A, vitamin E, kalsium, dan serat.

Hati

Mungkin tidak ramai yang suka akan rasa hati, tak kisahlah dimasak dengan cara apa pun. Akan tetapi, hati juga merupakan makanan yang mengandung zat besi, selain protein, vitamin, dan mineral. Dalam 100 gram hati lembu, terdapat kira-kira 5 miligram zat besi. 

Tiram

Selain tiram, makanan laut lain juga mengandungi zat besi seperti sotong dan ikan. 100 gram tiram mengandungi sekurang-kurangnya 5 miligram zat besi. Selain itu, tiram juga dipercayai mengandungi nutrien lain seperti vitamin B12 dan zink.

Kentang Bakar

Kentang bakar yang besar juga mengandungi lebih banyak zat besi daripada semangkuk daging ayam. Anda boleh menambahkan kentang bakar ini dengan makanan lain yang mengandungi zat besi seperti seperti bayam, brokoli, keju atau telur.

Tauhu

Setengah mangkuk tahu mengandungi 3 miligram zat besi. Selain harganya yang cukup murah, ia juga mudah didapati di pelbagai tempat. Cara menyediakan tauhu juga berbeza-beza. Tauhu boleh disajikan dengan memasaknya dalam bentuk sup, salad, goreng, dan juga rebus, bergantung pada selera anda.