1/3 Hidup Kita Dihabiskan Di Dalam Bilik Tidur, Jom Ketahui Tips Deko Bilik Tidur Nampak Kemas Dan Luas.


Bilik tidur bukan hanya tempat melelapkan mata, ianya turut menjadi lokasi untuk istirahat yang paling privasi serta membuat kerja – kerja. Kajian yang dibuat menyatakan, 1/3 hidup kita dihabiskan di dalam bilik tidur. Oleh itu, kita pastinya inginkan kelainan di bilik tidur kita seperti ingin menghias bilik tidur kelihatan cantik dan elegen.

Akan tetapi niat tersebut terhenti apabila memikirkan ruang bilik tidur yang sempit. Otak akan buntu dan mati kutu kerana memikirkannya. Sebenarnya saiz bilik tidur bukan satu penghalang untuk menghias bilik tidur kita. Hiasan dekorasi kita menjadi terhad kerana tidak tahu bagaimana menjadikan bilik ini menjadi luas dan menarik.

Jom ketahui tips deko bilik tidur supaya kelihatan cantik dan yang penting lebih luas.


1. Warna Pastel

Kebanyakan rumah mempunyai warna asal dinding iaitu warna putih. Walaupun putih membantu memberikan ilusi ruang nampak luas dan besar, tetapi ia masih nampak bosan dan tidak menarik. Anda boleh menambah warna kegemaran anda dinding tersebut namun pemilihan warna haruslah tepat supaya seimbang dan tidak keterlaluan.

Apa warna yang sesuai dalam bilik yang sempit untuk kelihatan luas?

Kita boleh mewarnai bilik tidur dengan mengunakan warna – warna pastel. Warna pastel ini adalah warna – warna yang lembut, warna cair dan pucat. Iaitu, warna yang dicampur dengan warna putih yang banyak. Elakkan memilih warna terang seperti merah, kuning atau jingga kerana ia memberi tenaga dan membuatkan bilik ‘panas’.


2. Susunan dan Pemilihan Perabot

Dari segi pilihan perabot pula, ia semestinya perlu disesuaikan dengan konsep bilik. Pastikan katil dan meja sisi ditempatkan di ruang sesuai. Pastikan saiz perabot bersesuaian dengan ruang bilik dan pilih almari yang ada ruang stor lebih fleksibel dan luas.

Selalunya kita ingat perabot yang kecil boleh memberikan bilik tidur kita nampak besar. Sebenarnya tidak, ia hanya menampakkan lagi bilik itu bertambah sesak.

Dengan menggunakan almari berukuran besar, anda dapat memanfaatkan di setiap bilik tidur anda semaksima mungkin. Selain itu, perabot jenis multipurpose dapat membantu bilik tidur kita .

Contohnya, katil yang bawahnya mempunyai build-in storage atau meja solek yang boleh dijadikan meja kerja.


3. Cermin

Cermin merupakan satu medium yang memberikan ilusi keluasan pada ruang. Trik ini sangat sesuai digunakan untuk ruang bilik tidur yang sempit. Cermin boleh dipasang di sebelah dinding katil, standing mirror atau membeli almari pakaian yang tersedia cermin di daun pintunya.

Cermin di meja solek juga membantu. Penggunakan cermin dapat membuatkan ruang yang kecil dan sempit kelihatan dua kali lebih luas dari yang sebenar.


4. Percahayaan

Gunakan secara maksimum cahaya semulajadi yang terdapat pada tingkap bilik tidur anda. Elakkan perabot yang menghalang terus cahaya tersebut. Gunakan blinds atau sheer berbanding langsir.

Elak menggunakan lampu kalimantang yang terang benderang di bilik tidur. Pilih lampu kuning malap supaya suasana menjadi lebih tenang dan redup.

Jika anda sering membaca di bilik tidur, dapatkan lampu kaki terang, memadai menerangi sudut bacaan dan bukan untuk keseluruhan bilik.


5. Aksesori Dekorasi

Aksesori dekorasi jenis  kemasan cermin atau stainless steel membantu memberikan ruang nampak eksklusif dan luas. Selain itu, jika dinding kosong letak sedikit hiasan deko yang menarik seperti frame bunga atau gambar perkahwinan diatas kepala katil atau tempat yang sesuai.

Frame besar akan menjadi titik tumpu untuk sesebuah bilik. Namun jangan letak disekeliling bilik lebih-lebih lagi pada bilik yang kecil.

Selamat Mencuba!