6 Cara Mudah untuk Makan Secara Sihat Tanpa Berfikir Panjang, Disokong oleh Sains


Persekitaran anda mempunyai kemampuan luar biasa untuk membentuk tingkah laku anda. Berikut adalah 10 strategi mudah untuk merancang perubahan persekitaran anda untuk makan sihat tanpa berfikir panjang agar dapat menghabiskan lebih banyak masa dan tenaga anda untuk melakukan benda lain.

Gunakan Pinggan Kecil

Pinggan yang besar bermaksud portion makanan kena banyak, dan membuatkan anda makan lagi banyak. Menurut kajian yang dilakukan oleh Wansink dan team penyelidiknya, jika anda membuat perubahan sederhana dan menghidangkan makan malam anda di pinggan 10 inci dan bukannya pinggan 12 inci, anda akan makan 22% lebih sedikit makanan pada malam itu. 

Pastikan Ada Air Kosong Berdekatan

Sesetengah dari kita akan terbiasa meminum cola atau teguk kopi semasa kita melakukan tugas tanpa kita sedar. Cuba buat yang ini: beli air botol besar dan letakkan di tempat yang berdekatan dengan anda sepanjang hari. Anda akan mendapati bahawa anda akan sering memilih air kosong itu dan mengelakkan pilihan minuman yang kurang sihat secara spontan.

Gunakan Gelas Tinggi dan Kurus Jika Ingin Meminum Minuman Ringan

Gelas yang lebih tinggi kelihatan lebih besar dari mata kita berbanding gelas biasa yang lebar dan bulat. Dan kerana ketinggian menjadikan barang kelihatan lebih besar daripada lebar, anda sebenarnya akan minum lebih sedikit jika menggunakan gelas yang tinggi.

Gunakan Pinggan yang Mempunyai Warna Kotras Tinggi Berbanding Makanan Anda

Apabila warna pinggan anda sepadan dengan warna makanan anda, secara semula jadi anda akan letak lebih banyak makanan ke pinggan anda kerana otak anda menghadapi masalah membezakan portion sebenar pinggan itu. Oleh kerana itu, warna hijau tua dan biru tua menjadikan pemilihan pinggan yang terbaik kerana berbeza dengan warna makanan seperti nasi dan pasta.

Meletakkan Makanan Sihat Pada Tempat yang Senang Untuk Dicapai

Sebagai contoh, anda boleh meletakkan semangkuk buah-buahan atau kacang dekat pintu depan atau tempat lain yang senang anda capai atau yang anda lalui sebelum anda meninggalkan rumah. Apabila anda rasa lapar dan terburu-buru untuk keluar rumah, anda cenderung untuk mengambil benda pertama yang anda lihat. 

Simpan Makanan Sihat Dalam Bungkusan atau Bekas yang Besar, dan Makanan yang Tidak Sihat Dalam Bekas Kecil

Kotak dan bekas besar cenderung menarik perhatian anda, mengambil ruang di dapur dan peti ais anda, dan menghalangi benda lain. Akibatnya, anda akan lebih melihat bekas besar itu dan tertarik untuk membukanya. Pada masa yang sama, barang yang lebih kecil kekal tersembunyi di dapur anda selama berbulan-bulan.