6 Lubang Buatan Terdalam Yang Pernah Digali Oleh Manusia


Tidak ada lagi dalam sejarah manusia menggali tanah sampai ke teras dalam Bumi, tetapi itu tidak menghalang mereka untuk mencuba. Dari usaha menggali sampai ke mantel Bumi, sehingga galian lombong yang terbesar di dunia, manusia pastinya serius dalam kerja ini. Dalam artikel ini kami ingin berkongsi dengan anda 7 lubang terdalam di dunia yang pernah digali oleh manusia.

Kola Superdeep Borehole, Rusia

Dimulakan pada tahun 1970 oleh saintis Rusia di Semenanjung Kola Rusia, lubang kedalaman 12km ini tidak dapat ditandingi oleh mana-mana lubang buatan manusia lain. Lubang ini akhirnya menjadi lubang terdalam di dunia dengan kedalaman lebih jauh dari bahagian terdalam laut, setelah kira-kira 20 tahun menggali dan bereksperimen.

Proses menggali lubang ini berterusan selama 20 tahun sehinggalah suhu panas (180°C) merosakkan alat penggali yang digunakan. Tapak penggalian ini telah lama ditinggalkan, sejak 2008 lagi dan lubang itu telah pun ditutup rapat.

The Bingham Canyon Mine, Utah

Berumur lebih dari 100 tahun, lombong tembaga terbesar di dunia ini merangkumi lubang selebar 4km di Pergunungan Oquirrh di barat daya Salt Lake City, Utah. Lombong ini dianggap sebagai penggalian buatan manusia terbesar di dunia, yang kedalamannya hampir 1.2km ke bawah dan meliputi 1,900 ekar. Dimulakan pada tahun 1906, lombong ini masih lagi dibuka sehingga hari ini, dan menjadi Landmark Bersejarah Nasional. Ianya mempunyai pusat pelawat bagi orang-orang yang ingin melawat dan melihat pemandangan.

The Kimberley Diamond Mine, Afrika

Terletak di Afrika dan dikenali sebagai salah satu lubang buatan tangan terbesar di dunia, "The Big Hole" sebenarnya bermula dari bukit kecil. Dengan lebih dari 50,000 pelombong yang hanya menggunakan 'pick axe' sebagai alat menggali, memilih untuk menggali tanah itu pada tahun 1866. Lombong Berlian Kimberley ini mempunyai kedalaman lebih dari 213 meter dan lebar lebih dari 457 meter pada tahun 1914. Lebih dari 2722kg berlian digali dalam lombong ini.

Diavik Diamond Mine, Kanada

Salah satu lubang baru dalam senarai, Diavik Diamond Mine yang dibuka pada tahun 2003 ini telahpun mencapai kedalaman lebih dari 183 meter di Artik Kanada. Terletak di Pulau Timur di Lac de Gras timur laut Yellowknife, lombong ini hanya dapat diakses dengan menggunakan kapal terbang. Ianya mempunyai landasan yang cukup besar untuk Boeing 737, diatas jalan berais. Lombong ini menghasilkan 1497kg berlian setiap tahun.

The Berkeley Pit, Montana

Dibuka pada tahun 1955 sebagai lombong tembaga, lombong yang terletak di Butte, Montana ini mempunyai kedalaman sehingga 518 meter, sebelum ditutup pada tahun 1982. Sejak itu, lubang lombong ini telahpun dipenuhi dengan air dari tanah dan air hujan. Dengan gabungan sisa logam dan bahan kimia operasi lombong, keadaan air dalam lubang ini adalah sangat berasid tak boleh digunakan untuk kegunaan seharian.

Mirny Mine, Rusia

Ada dakwaan mengatakan yang angin di sekitar Lombong Mirny di Siberia ini mampu menghisap helikopter masuk ke lubang sedalam 518 meter. Lombong berlian yang bermula pada tahun 1955 ini adalah tapak terlarang untuk dimasuki. Lombong berlian Stalin ini membentang sejauh 1190 meter dan merupakan salah satu lubang penggalian terbesar di dunia. Walaupun kerja di lombong terbuka telah dihentikan, Rusia masih lagi melombong di bawah tanah lokasi tersebut.