7 Tempat Di Dunia Yang Tidak Boleh Anda Kunjungi Sekiranya Anda Seorang Wanita


Percaya atau tidak, masih ada tempat di dunia yang tidak dapat anda lawati jika anda seorang wanita. Dan yang lebih buruknya, kebanyakan tempat ini telah diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia.

Ini adalah senarai tempat yang masih belum dapat dikunjungi oleh wanita, pada abad ke-21 ini.

Mount Omine

Tempat ini diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia pada tahun 2004. Tempat ini melarang wanita untuk masuk kerana boleh menjadi "godaan" bagi lelaki di dalamnya, dan motif agama lain. Mount Omine terletak di Jepun dan terdapat sebuah biara abad ke-8 di dalamnya.

Mount Athos

Terletak di Greece, Mount Athos diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia pada tahun 1998. Mount Athos adalah salah satu kawasan paling terpencil di Eropah, dan bahkan lelaki memerlukan izin khas untuk mengunjungi tempat ini. Untuk kaum wanita, selain dilarang untuk pergi atau tinggal di sana, mereka juga harus berada sejauh 500 meter dari situ. 

Di sini anda tidak akan menemui satu binatang betina sekali pun. Sejak abad ke-11, semua makhluk berjantina betina dilarang memasuki ruang suci ini untuk mengelakkan godaan kepada lelaki.

Satu-satunya makhluk betina yang dibenarkan tinggal di sini adalah kucing kerana ia berfungsi sebagai kawalan perosak terhadap tikus dan makhluk lain.

Mlimadji Beach

Pantai ini terletak di tenggara Afrika, dan ia termasuk dalam kepulauan yang dikenali sebagai Kepulauan Comor. Komuniti agama yang tinggal di sini memberi tekanan kepada pihak berkuasa untuk melarang wanita memasuki pulau ini. 

Okinoshima

Oleh sebab tempat ini dianggap tempat suci, pulau Jepun ini melarang wanita untuk masuk. Tempat ini dihuni secara eksklusif oleh lelaki, dan setiap tahun pada bulan Mei, 200 pengunjung lelaki boleh memasuki tempat ini dengan menggunakan permit khas.

Haji Ali Dargah

Masjid Haji Ali Dargah terletak di pulau kecil Worli di selatan Bombay, India. Pulau kecil ini adalah tempat makam sufi Pir Aji Ali Bujhari, yang makamnya melarang wanita masuk sejak 2011. Sebabnya ialah wanita mungkin sedang haid dan ini menjadikan mereka "tidak suci". Akan tetapi, larangan itu telahpun dihapuskan pada 26 Ogos 2016.

Kafenion

Walaupun tempat ini dah tak banyak, kedai kopi tradisional Greece yang dikenali sebagai kafenion ini tidak membenarkan pelanggan wanita untuk masuk. Ini kerana kedai ini adalah tempat untuk lelaki berkumpul, bermain kad, bersembang, merokok dan minum kopi. 

White Gentleman’s Club

Kelab-kelab ini, khusus untuk lelaki kaya, menjadi terkenal pada abad ke-19, dimana wanita adalah dilarang untuk memasuki.

Yang paling ikonik adalah, White Gentleman's Club ini adalah tempat di mana Putera Charles meraikan pesta bujangnya.