Alternatif Untuk Meredakan Masalah Ekzema Pada Bayi. Kesan Seawal 3 Hari


Anda ada mengalami masalah kulit sensitif, sangat kering atau ekzema?
Stress rasa bila mula datang rasa gatal-gatal pada kulit, asyik nak garu. Bagi kita yang dewasa ni pun dah tahu macam mana seksanya bila berkulit kering, apatah lagi bila hal ini berlaku pada kanak-kanak.

Kadang-kadang bila tengok mereka menggaru, sampai menangis-nangis sebab luka dan pedih. Alahai, hati ibu bapa mana yang tahan tengok kan. Bayangkan kulit baby anda yang putih gebu mulus tu tiba tiba dipenuhi dengan kemerah-merahan seperti radang di sekitar tangan, muka, leher dan siku dan pelipat kaki. Dah la baby kecil lepas tu sistem imun pun tak berapa nak kuat lagi dah kena tanggung derita kegatalan dan kulit kering kat setiap badan. Ini jelas menunjukkan anak anda mengalami simpton ekzema.

Apakah ekzema?
Ekzema merupakan penyakit yang menjadikan kulit sensitif, kemarah-merahan dan kering, ia biasa berlaku pada kanak-kanak yang masih bayi kerana tahap imun badan yang masih lemah. Kesan penyakit ekzema ini  tidak akan hilang, namun ia boleh dikawal dengan pengamalan tips penjagaan kulit yang rapi.

Jangan runsing dan pening kepala, Disini kami akan berkongsi antara alternatif lain yang anda boleh cuba dan implikasi untuk melegakan masalah kulit kering dan ekzema pada kanak-kanak.

Jangan biarkan diri dalam keadaan cuaca yang panas

Ekzema ni paling senang dijangkiti pada kanak kanak yang ada kulit sensitif. Jadi, kalau dibiarkan berjemur pada cuaca panas, bila berpeluh, kulit mereka akan kering dan gatal. Bila garu, kulit mereka ni akan jadi lebih teruk dan mungkin boleh berdarah. Kalau boleh bagi tempat yang redup untuk mereka bersantai. Keadaan berpeluh menjadikan kulit merasa gatal dan tak selesa.

Material pakaian dan cadar 100% cotton

Satu lagi tips yang tidak mendapat tumpuan ramai adalah penggunaan cadar, pakaian dan juga tuala yang mempunyai kandungan terjamin keasliannya. Cara paling mudah untuk memastikan kandungan cadar, pakaian ataupun tuala mandi adalah dengan memeriksa label di belakang. Ingat, bila anda cuci pakaian kanak-kanak yang mempunyai ekzema, pastikan anda menggunakan pencuci yang standard dan mengandungi bahan-bahan yang sederhana dan tidak sensitif pada kulit.

Pantau jika anak kerap menggaru

Salah satu cara nak elakkan kemerahan dekat bayi anda makin melarat adalah dengan memakaikan sarung tangan bayi ataupun kerap membedung supaya pergerakan bayi terbatas daripada biasa. Biasa sapukan losyen pada bahagian kulit bayi yang sensitif selepas mandi agar kulit bayi sentiasa berada dalam keadaan lembap dan sihat.

Namun, sekiranya masalah kulit bayi anda berterusan dan serius, sila dapatkan nasihat daripada doktor pakar. Jangan biarkan ia berlarutan.

Jika tak keberatan, anda boleh bookmark website Nakbebel untuk membaca artikel-artikel menarik yang akan kami kongsikan.