
Anda pernah mengalami sendawa yang berpanjangan? Secara amnya sendawa membawa
maksud mengeluarkan angin dari perut dan ia berlaki daripada semasa ke semasa
dan ia merupakan satu perkara biasa.
Selain mengeluarkan angin yang
berlebihan, sendawa juga terjadi adalah untuk mengeluarkan gas yang terlalu
banyak dalam perut.
Kerap sendawa adalah simptom berpenyakit
Jika anda mengalami sendawa yang kuat, panjang dan berulang kali tanpa mengira
masa, sama ada selepas makan atau sebaliknya sehingga membuatkan perut merasa
tidak selesa.
Ini merupakan simptom atau tanda-tanda bahawa anda mungkin
berpenyakit.
Apakah punca membuatkan seseorang kerap bersendawa?
Antara penyebab yang membuatkan seseorang itu kerap bersendawa adalah kerana
memakan makanan terlalu cepat dan gelojoh dalam kuantiti yang banyak dalam
satu masa.
Belum sempat perut hadam makanan anda sumbat lagi makanan yang
lain. Selain faktor makanan, punca lain adalah kerana ubat-ubatan yang diambil
atau kerana anda ada mengalami masalah pencernaan, iaitu orang yang menderita
berbagai masalah perut, seperti gastrik, luka perut atau gangguan kantung
hempedu
Kesan jika seseorang kerap sendawa
Antara kesan jika seseorang itu mengalami sendawa yang kerap adalah
mengakibatkan asid dan jus daripada perut mudah naik semula ke saluran makanan
bersama-sama makanan yang dihadam.
Salah satu injap yang menghubungkan
saluran makanan ke perut menjadi longgar daripada normal. Hal ini akan
menjadikan ketidakselesaaan dan secara tidak langsung ia menyebabkan rasa
sekan pedih di dada atau tekak juga ulu hati.
Bahaya tau, jangan pula anda
ambil remeh, kalau anda mebiarkan masalah ini berpanjangan, mungkin ia bakal
mengundang penyakit kronik yang jarang sekali dan menyebabkan komplikasi
serius.
Cara menangani masalah kerap sendawa
Bagi anda yang sedang mengalami masalah sendawa yang kerap, anda seharusnya
mengubah gaya hidup anda melalui pengawalan pemakanan dan mengambil ubat untuk
mengurangkan asid dalam perut. Pastikan makan dalam kuantiti yang sederhana
pada masa yang tertentu.
Elakkan makan pada lewat malam atau sebelum waktu
tidur dan jagan biarkan perut berlapar lalu mengambil makanan dalam kuantiti
yang banyak sekali gus.
Minum air halia juga dapat melegakan dan mengeluarkan
gas dan angin yang terkumpul dalam perut.
Oleh itu, jaga pemakanan dan kesihatan anda sebaiknya, makananlah secara
bersederhana dan teratur mengikut waktu pemakanan yang disyorkan oleh pakar.
Sayangi perut anda, utamakan kesihatan.
Jika tak keberatan, anda boleh bookmark website Nakbebel untuk membaca artikel-artikel menarik yang akan kami kongsikan.