Apa Yang Lelaki Wajib Ambil Tahu Sebelum Berumah Tangga?


Bila kita bercakap soal kahwin pasti golongan yang masih bujang ni excited nak dengar, sebab banyak persoalan yang timbul di akal fikiran, yela masih belum merasa dan tempuh lagi alam perkahwinan kan. Mesti bermacam-macam hal perlu diurus dan diselesaikan. Biasa yang kita dengar seperti dah pergi kursus kahwin ke belum?. Sedangkan bermacam-macam hal lain lagi yang anda perlu bersedia.

Disini kami senarai perkara-perkara yang bakal suami kena bersedia sebelum melangkah ke alam perkahwinan.

Tabung kahwin
Yang paling penting adalah tabung kahwin. Kalau tak ada tabung kahwin, nak kahwin guna duit siapa. Tak kan nak pakai loan bank pula? Tak payahlah. Nanti anak dah besar dah masuk sekolah rendah pun anda akan sukar langsaikan bayaran loan. Hidup selepas kahwin juga akan terkesan.

Rancang Majlis
Bab merancang majlis perkahwinan ini selalu menjadi isu yang rumit untuk dibincangkan disebabkan kos perbelanjaan yang tinggi dan mahal termasuk kehendak dan campur tangan kedua-dua belah pihak,  ibu bapa dan saudara mara. Tanpa tabung perkahwinan maka sukar untuk anda dan pasangan merancang majlis perkahwinan. Rancang dengan bakal isteri anda berapa kos untuk majlis kedua-dua belah. Ikut kemampuan, boleh je buat majlis yang gah jika anda berkemampuan, tapi kalau bajet rendah buat la majlis yang sederhana dan cukup syarat.

Rumah
Rancang siap-siap rumah untuk anda dan pasangan tinggal bersama selepas kahwin. Tentang ini anda jangan salah faham. Tak semestinya anda wajib kena beli rumah. Kalau belum mampu beli rumah, menyewa je dulu. Asalkan dapat sediakan tempat berteduh untuk isteri dan lebih privasi. Cari rumah yang berdekatan dengan tempat kerja bakal isteri. Utamakan isteri anda. Tapi kalau tak mampu untuk mula menyewa, boleh la pilih untuk tinggal bersama mak ayah atau mertua. Biasa lah dengan kos sara hidup yang semakin terbeban ini mungkin menyukarkan anda dan pasangan untuk menyewa sendiri. Tapi jangan dijadikan alasan yang berpanjangan, Jika mampu, cepat-cepatlah berpindah dan cari rumah sendiri.

Kenderaan
Kereta pun sangat penting. Tapi macam biasa lah, ikut kemampuan anda. Jika belum ada kereta, motor pun boleh. Asalkan anda boleh bawak dia dating sana sini lepas kahwin nanti. Tapi nanti bila dia dah mengandung dah kena beli kereta supaya isteri lebih selesa dan keselematannya terjaga. Ansuran kereta tu pastikan tak lebih 15% daripada gaji bulanan anda dan isteri ya. Carilah yang biasa-biasa, tidak terlalu ikut kehendak hati nak kereta yang mewah dan 1st hand.

Nafkah isteri
Bab ni biasa lelaki abaikan, kononnya banyak nak bayar itu ini sehingga tidak mampu hulurkan nafkah untuk isteri. Nafkah ni kalau ada lelaki yang lupa dan buat-buat lupa baik tak payah kahwin. Berapa nak bagi nafkah kat isteri ni sangat subjektif. Tak kira lah jika gaji isteri lebih besar dari anda, anda wajib kena bagi nafkah. Mungkin, anda boleh asingkan 10% dari jumlah gaji untuk isteri. Kalau gaji anda RM2,000, bagilah RM200 untuk isteri beli barang keperluan peribadi dia. Duit dapur kira lain tau. Jangan pula dicampurkan sekali.

Simpanan kecemasan
Dulu masa hidup bujang, kalau tak ada duit sangat, kita mesti tak kisah makan nasi kosong, kicap, telur dan cili potong kan. Tapi bila dah berkahwin nanti, Jangan dilayan isteri sama macam hidup bujang, barang-barang dapur semuanya atas tanggung jawab anda. Jadi, simpanan kecemasan at least 3 bulan sangat penting ya. Time anda cemas-cemas pun anda masih ada simpanan. Kurang sikit cemas tu nanti.
Bukan kita nak boleh jangka bila sakit nak kena kan.

Kewangan yang stabil
Bila cerita bab duit ni mulalah nanti kata perempuan ni mata duitan. Dia macam ni, untuk seorang bapa melepaskan anak perempuan dia kepada anda, dia kena yakin yang anda mampu jaga anak dia dengan baik. Jadi, anda kena pandai urus dari segi kewangan ni. Kalau pun anda belum stabil, anda kena bentangkan apa plan kewangan anda selepas kahwin. Biarlah nampak meyakinkan yang anda mampu untuk sara hidup anak orang.

Plan sebelum dan selepas kahwin
Sebaiknya, kena plan sebab kos sebelum dan selepas kahwin sangat berbeza. Sebelum kahwin boleh duduk bilik sharing 2-3 orang, selepas kahwin kena sewa satu rumah. Sebelum kahwin kita ada satu kampung, selepas kahwin anda kena balik dua kampung. Banyak hati dan perasaan yang perlu dijaga. Bukan boleh ikutkan sangat kehendak hati anda, Segalanya perlu dibincang bersama pasangan.

Buang ego
Belajar untuk buang ego, kalau susah pun cuba kurangkan. Perempuan ni hatinya lembut, mudah terasa jika buat silap, jangan berkasar, jangan menengking bila mereka buat kesilapan. Jangan pula anda layan mereka seperti mana anda layan kawan-kawan lelaki yang boleh lebih kurang. Jagalah hati mereka, Jika ada sesuatu yang tak kena, bawalah berbincang dan sepakat. Terima kelemahannya seperti mana anda tertarik dengan kelebihannya. Jangan biar pasangan anda merajuk, buang ego dan minta maaf jika anda ada tersilap kata dan perbuatan.

Oleh itu, jangan anbil ringan soal perkahwinan, tanggungjawab anda sebagai bakal suami dan ayah nanti adalah besar dan berat, Pikul tanggungjawab itu sebaik-baiknya. Jadikan perkahwinan ini sebagai semangat dan membawa perubahan yang lebih baik dalam hidup anda. Apa yang penting adalah untuk sentiasa membahagiakan isteri dan anak-anak serta menjadi ketua keluarga yang terbaik.

Jika tak keberatan, anda boleh bookmark website Nakbebel untuk membaca artikel-artikel menarik yang akan kami kongsikan.