Apa Yang Patut Kita Buat Selepas Kita Beli Laptop Baru!, Ini 5 Perkara Yang Perlu Tahu.


Sebelum korang setting laptop atau bawa laptop dari kedai ke rumah selepas membeli laptop baru, pastikan korang kenal pasti satu perkara. Korang kena tanya dahulu salesman atau pekedai sama ada mereka dah tolong setting untuk microsoft id. Sekiranya sudah, pastikan korang tanya USER ID dan PASSWORD. Sebab masalah akan timbul apa bila waktu window update.

Perkara yang perlu kita tahu sebelum dan selepas beli lapto baru.

1. Pastikan windows laptop yang kita nak beli sentiasa update windows new version.

Driver laptop akan mengalami masaalah apabila windows tidak update.

2. Tukar power plan dari power saver ke performance.

Kebanyakkan laptop sekarang datang dengan beberapa pilihan power plan.
Normally mereka akan set dengan powersaver untuk iklankan laptop mereka mampu tahan lama. Tetapi akibatnya performance laptop tu akan drop.

3. Uninstal Bloatware dan juga software free antivirus.

Ia akan beratkan kita punya laptop dan juga mengurangkan performance laptop itu.


4. Create restore point.

Tak ramai yang tahu tentang restore point. Restore poin adalah untuk mempermudahkan pengguna laptop untuk reset laptop. Contoh macam korang buat rstore point 1hb dan pada 4hb adik beradik korang main laptop korang lepastu download dan install game yang korang tak minat. Jadi korang boleh restore point kan laptop korang ke 1hb balik, dan apa yang adik beradik korang download dah tak ada la.

5. Off kan auto start software.

Biasanya pengguna jarang baca sebelum install apa-apa software. setengah software ada tanya sama ada automatic kan penggunaan software tu apabila on laptop. Apa yang berlaku nanti apabila on laptop tu dia akan ambil masa loading untuk buka.

Semoga perkongsian ini dapat membantu korang sama ada sebelum atau selepas beli laptop. Tak salah research dulu sebelum membeli.