
Mengantuk adalah benda semula jadi yang ada pada manusia, terutamanya bila anda kurang tidur. Tetapi menurut kajian saintifik, terlalu kerap mengantuk adalah tanda permulaan penyakit.
Selalu merasa mengantuk walaupun tak penat? Jika ya, teruskan baca artikel ini. Jenis jenis penyakit ini mungkin ada dalam badan anda.
Diabetes
Tahap glukosa yang tinggi dalam darah boleh menyebabkan risiko diabetes. Maka tidak hairanlah anda lebih kerap mengantuk. Cuba kurangkan pengambilan makanan manis untuk menstabilkan glukosa dalam darah anda.
Anemia
Anemia terjadi adalah disebabkan oleh kekurangan darah. Kekurangan darah juga disebabkan oleh kekurangan bekalan zat besi, sehingga perjalanan oksigen dalam badan menjadi slow. Sekiranya tidak dirawat dengan segera, maka anda akan mudah terasa lemah dan menjadi mudah mengantuk.
Sakit Jantung
Pernah tak mengantuk pada siang hari? Mungkin anda tidak tidur lena dalam beberapa hari ini. Tetapi jika anda mengalami rasa mengantuk yang berlebihan, hati hati dengan risiko penyakit jantung atau strok.
Hipotiroidisme
Tidur malam cukup tapi masih mengantuk? Mungkin anda mempunyai simptom hipotiroidisme, di mana hormon tiroid dalam badan anda menurun. Kesannya, badan anda mudah menjadi penat dan akhirnya terasa mengantuk.
Amyloid beta
Anda yang selalu rasa mengantuk lebih senang untuk terdedah kepada risiko beta amyloid. Penyakit ini boleh dikatakan agak serius kerana mempunyai kaitan dengan otak. Rawatan perubatan lebih lanjut diperlukan untuk disembuhkan.