Awas Dengan Produk Kosmetik Yang Anda Gunapakai. Ciri-Ciri Produk Tulen


Terdapat pelbagai produk kosmetik di pasaran, Produk kosmetik merupakan produk yang kita gunakan untuk bahagian luar badan saja, contohnya yang disapu pada kulit, rambut atau muka. Produk seperti pencuci muka, syampu, gincu atau bedak dikategorikan sebagai kosmetik. Tujuan utama kosmetik adalah memelihara, membersih atau mewangikan bahagian badan tertentu. Terlalu banyak bahan-bahan kosmetik berbahaya dan tiruan yang dijual dimana-mana, produk seperti ini mendapat perhatian dan tarikan dari golongan muda khususnya untuk membeli kerana harganya yang lebih murah dan menarik.

Jadi bagaimana untuk pastikan produk kosmetik yang benar-benar selamat untuk digunakan? Mari dapatkan informasi berkaitan ciri-ciri produk kosmetik yang selamat.

Nombor Notifikasi
Setiap priduk konsmetik seharusnya mempunyai nombor notifikasi yang tulen walaupun tidak dipaparkan pada pek bungkusan. Contoh nombor notifikasi adalah NOT141203021K

Kesan yang sementara
Kesan penggunaan produk kosmetik tidak kekal dan perlu digunakan secara berterusan. Contohnya membantu mencerahkan kulit dan bukannya memutihkan wajah.

Bukan ubat untuk merawat
Hanya digunakan untuk tujuan kosmetik. Contohnya untuk membersihkan atau mencantikkan kulit dan bukannya merawat atau mencegah penyakit.

Kegunaan luar sahaja
Hanya boleh digunakan untuk kegunaan luar sahaja. Contohnya untuk disapu pada kulit dan bukannya dititis ke dalam mata.

Tiada bahan terlarang
Mempunyai bahan yang dibenarkan sahaja. Contohnya tidak mengandungi bahan terlarang seperti hydroquinone atau merkuri.

Hanya krim sapuan
Mempunyai formulasi yang bersesuaian dengan fungsi konsmetik. Contohnya dalam bentuk krim dan bukannya berbentuk suntikan.

Kosmetik bukan suntikan
Suntikan vitamin C di muka atau ubat titis yang dimasukkan ke dalam mata, itu semua bukan produk kosmetik. Tiada perubahan kekal dengan penggunaan produk kosmetik.  Tiada produk kosmetik dalam bentuk suntikan yang diluluskan atau didaftar oleh KKM. Produk yang dititiskan ke dalam mata perlu didaftarkan sebagai ubat, jadi perlu ada nombor MAL.

Oleh itu, baca tuntutan kosmetik anda betul-betul, jangan mudah terpedaya dengan janji-janji manis penjual dan peniaga Jadilah pengguna yang bijak.