Badan Selalu Sakit Bila Baru Bangun Dari Tidur? Ini Posisi Tidur Terbaik Untuk Tidur Yang Lebih Berkualiti


Adakah anda tidur di terlentang, sisi, atau meniarap? Anda mungkin mempunyai posisi tidur kegemaran, dan sekiranya anda hamil, atau mempunyai masalah kesihatan tertentu, cara tidur anda kadang kala boleh berubah. Mendapatkan postur tidur anda dengan betul dapat membuat perbezaan besar semasa anda bangun tidur.

Posisi Janin (Fetal Position)

Ada sebab mengapa ini adalah posisi tidur yang paling popular. Posisi janin mempunyai banyak faedah semasa tidur. Ianya bukan sahaja bagus untuk orang yg sakit belakang atau ibu mengandung, tidur pada posisi ini juga dapat membantu mengurangkan berdengkur.
Akan tetapi, tidur dalam posisi ini mempunyai beberapa kelemahan. Pastikan postur badan anda agak longgar, jika tidak kedudukan selesa anda boleh menghadkan pernafasan semasa anda tidur. Sekiranya anda mempunyai masalah sakit sendi atau kekejangan, tidur dalam posisi janin ini juga mungkin menyebabkan anda terasa sakit sakit badan pada waktu pagi.

Posisi Terlentang

Tidur terlentang memberikan manfaat kesihatan yang paling banyak. Ianya bukan sahaja melindungi tulang belakang anda, tetapi juga dapat melegakan sakit pinggul dan lutut. Tidur pada posisi terlentang menggunakan graviti untuk memastikan badan anda tetap rata pada tulang belakang anda, yang dapat membantu mengurangkan tekanan pada punggung atau sendi anda. Meletakkan bantal di bawah lutut anda juga boleh membantu menyokong lekukan semula jadi pada belakang kaki.
Tidur secara terlentang ini ada juga keburukannya. Tidur pada posisi ini boleh menjadi sukar bagi sesiapa yang mengalami masalah berdengkur atau apnea tidur. Ia juga sukar bagi sesiapa yang sedang mengalami sakit belakang.

Posisi Mengiring (Tidur Menghadap Sisi)

Tidur menghadap sisi sebenarnya cukup baik untuk anda. Jika kita tidur menghadap sisi kiri, ianya dapat membantu mengurangkan dengkur, bagus untuk pencernaan, dan disarankan pada ibu mengandung kerana dapat melancarkan sirkulasi darah ke janin.
Tidur menghadap sisi kanan pula dapat membuat lingkaran otot menahan asid gastrik daripada mengalir ke kerongkong.
Tidur pada posisi mengiring, sebaliknya, bukanlah yang terbaik. Ianya bukan sahaja mampu menyebabkan kekakuan di bahu, tetapi juga boleh menyebabkan rahang terasa ketat pada sisi tidur kita. Selain itu, penyelidik menunjukkan bahawa tidur di sisi anda boleh menyebabkan kedut pada muka.

Posisi Meniarap

Sekiranya kita meletakkan ranking kedudukan untuk posisi tidur, posisi meniarap mungkin berada di bahagian bawah senarai. Walaupun ini adalah posisi yang baik untuk orang yang berdengkur atau mempunyai 'sleep apnea' ,kesan negatif adalah lebih banyak dari yang positif. Malangnya, meniarap boleh menyebabkan sakit leher dan belakang. Ia juga dapat menambahkan banyak tekanan yang tidak perlu pada otot dan sendi anda, yang mana menyebabkan anda terasa sakit dan letih bila bangun tidur. Meletakkan bantal di bawah perut mungkin boleh membantu mengurangkan sakit belakang.

Meluangkan masa untuk melatih diri anda untuk tidur dalam posisi baru boleh menjadi rahsia untuk meningkatkan kualiti tidur anda. Akan tetapi, jika posisi itu sesuatu yang anda tidak selesa, jangan tertekan. Anda juga boleh mencuba mengubah posisi tidur kegemaran anda untuk memastikan tidur anda dalam keadaan yang selesa.