Bagaimana Kurang Tidur Mempengaruhi Penglihatan Anda


Adalah mudah untuk melihat jika seseorang tidak cukup tidur: lingkaran hitam, mata bengkak, atau kelopak mata yang layu dapat menjadi tanda tidur tak cukup. Namun, kurang tidur bukan sahaja hanya mempengaruhi penampilan anda. Tidur adalah asas untuk kesihatan anda. Mengabaikan rehat yang cukup mempengaruhi mood, motivasi, ingatan, metabolisme, dan banyak lagi. Ianya juga mempengaruhi kesihatan mata anda.

Kurang Tidur dan Kesihatan Mata

Sama seperti hubungan otak dan badan, mata anda sembuh semasa anda tidur. Tidak cukup tidur boleh menyebabkan mata kering, gatal, atau merah. Mata mungkin akan mengeluarkan lebih sedikit air mata jika tidur malam tidak cukup dan akan menyebabkan jangkitan mata.
Selain itu, mata anda juga mungkin lebih sensitif terhadap cahaya, atau penglihatan menjadi kabur. Kurangnya tidur boleh menyebabkan masalah mata yang serius, seperti glaukoma.

Apnea Tidur (Sleep Apnea)

Apa kaitan apnea tidur dengan mata anda? Apnea tidur adalah faktor kepada risiko glaukoma. Glaukoma adalah penyakit mata yang boleh menyebabkan kehilangan penglihatan. Kemungkinan menghidap glaukoma lebih tinggi pada orang yang mengalami apnea tidur. Doktor mata mungkin dapat melihat tanda-tanda apnea tidur semasa pemeriksaan mata rutin. Perubahan pada kelopak mata, retina, atau penglihatan anda boleh menjadi petunjuk apnea tidur. Ketika apnea tidur dirawat, banyak gejala yang berkaitan dengan mata dapat dipulihkan.

Malam ini cuba beri peluang kepada mata anda untuk berehat dan sembuh dengan mendapatkan jumlah tidur yang disyorkan. Orang dewasa harus tidur tujuh atau lebih jam setiap malam secara berkala. Untuk menyokong kesihatan keseluruhan dan kesihatan mata anda, ikuti petua tidur yang sihat ini.