Bagaimana Untuk Kelihatan Kacak Di Mata Wanita?. Pesanan Untuk Jejaka.


Tidak semua jejaka memiliki rupa paras yang kacak. Mungkin ini adalah faktor sukar yang dirasai oleh ramai lelaki untuk mendapatkan perhatian dan kelihatan menarik di mata wanita. Penampilan sangat penting untuk setiap pasangan kekasih apabila ingin keluar bersama.

Lelaki yang kacak kalau pakai apapun nampak smart tapi bagaimana pula dengan lelaki yang mempunyai rupa paras biasa nak nampak smart?

Di sini kami ingin berkongsi dengan anda tentang cara untuk lelaki nampak smart walaupun anda tidak berapa kacak yang boleh anda ikut untuk kelihatan tampan di mata wanita.

Kebersihan diri.
Kebersihan diri amatlah penting dan perlu di jaga. Apa guna muka handsome tapi pengotor. Jadi potonglah kuku kaki dan tangan jika terlalu panjang dan kotor. Bukan nak interview jer kena kemas dan bersih. Nak tarik perhatian wanita pun sama. Barulah perempuan tak rasa anda pengotor.

Pakai perfume
Jika anda mengalami mempunyai bau badan yang agak kuat. Jangan lupa pakai deodorant. Beli perfume yang mahal sedikit kerana baunya istimewa, tahan lama dan pastikan baunya jangan terlalu keras, kang tak pasal-pasal kekasih anda pengsan.

Pakai pencuci muka
Muka berjerawat tu normal la, bukan semua orang memiliki muka yang licin atau baby face. Tapi pastikan muka anda tidak berminyak. Letak bedak sebelum keluar .Kalau anda mempunyai masalah kulit muka berminyak, bawa je pencuci muka masa dating. Letak dalam handbag kekasih anda.

Rambut
Bila nak pergi date atau nak keluar ke tempat-tempat penting, pastikan rambut anda dalam keadaan kemas. Jangan biarkan rambut kering dan tak bersikat. Pakai wax atau pomade. Baru nampak smart dan kemas, bukan sahaja di mata kekasih anda tapi juga orang di sekeliling anda.

Pemilihan Baju
Pastikan pakai baju yang ngam-ngam dengan saiz badan. Jangan terlalu ketat sangat dan jangan terlalu labuh sangat. Kalau nak pakai kemeja, pakai yang slim fit supaya baju anda kelihatan kemas dan bergaya.

Jam atau eksesori
Ada perempuan sukakan lelaki yang memakai jam tangan. Tapi pemilihan jam tangan juga perlu diambil perhatian. Nak nampak maskulin dan matang boleh pakai jam besi atau kulit. Jika nak nampak bersahaja boleh pakai jam gshock, nampak la gaya anda ala-ala remaja. Eksesori juga tidak perlu terlalu banyak, pakai yang simple je, cukup sekadar satu gelang dari material besi atau kulit.

Jangan pakai jersi
Kalau boleh elakkan memakai  jersi jika keluar dating. Serius tak smart. Ia menampak anda seperti nak keluar ke pasar beli barang dapur. Dinasihatkan memakai baju yang berkolar atau kemeja. Ini membuatkan anda kelihatan kemas dan segak.

Warna
Kombinasi warna pakaian sangat penting untuk menampakkan kekemasan dalam diri. Jangan pula anda pakai baju hijau , seluar pink , kasut biru. Dah macam aiskrim paddlepop. Cari pilihan warna yang lembut dan sedap mata memandang.

Mengambil berat
Jika cara pemakaian sahaja yang di jaga tidak cukup tau. Apa yang penting ada sikap anda terhadap wanita. Tunjukkan sikap anda yang caring, setiasa mengambil berat tentang hal wanita tersebut. Bertanya soalan seperti "awak sudah makan? atau camana dengan kerja awak, semua okay tak?". Walaupun soalan seperti ini nampak cliche tapi percayalah bahaya ia membuatkan si wanita merasa anda seorang yang caring.

Jaga Tutur Kata
Kawal emosi anda apabila berbual dengan wanita, Wanita paling tak suka lelaki yang baran dan suka mencarut. Jadi apabila anda merasa marah atau sedang terganggu emosi, ambil masa untuk diam seketika kerana takut nanti anda terlepas tutur kata yang tidak elok.  

Oleh itu, nak nampak kacak ni perlulah dari luar dan dalam. Kalau anda pakai pakaian yang mahal dan berjenama tapi sikap anda sangatlah buruk. Anda tetap akan nampak buruk di mata wanita. Kebanyakan wanita tak pandang sangat rupa paras ni, apa yang penting adalah anda memiliki sikap yang memahami, caring dan sweet, itu pun dah cukup buat mereka jatuh hati pada anda.