Bahaya Penggunaan Putik Kapas. Ini Sebab Kenapa Anda Tidak Boleh Menggunakan Putik Kapas Untuk Membersihkan Telinga Anda


Adakah anda pernah rasa untuk membersihkan telinga anda (atau telinga anak-anak anda) dengan menggunakan putik kapas? Jangan!

Earwax (cerumen) sepatutnya kena ada di dalam telinga anda. Ianya mempunyai misi: menjaga telinga anda agar sihat dengan memerangkap debu dan kotoran agar tidak masuk dalam ke telinga anda. Mempunyai lapisan berlilin pada kulit saluran telinga anda juga membantu melindungi telinga. Bahagian dalam telinga anda tidak perlu dibersihkan kerana earwax lah pembersihnya.

Badan anda sudah mempunyai cara untuk mengatasi masalah earwax lama yang berlebihan. Dengan mengunyah, pergerakan rahang, dan kulit yang tumbuh di dalam telinga anda akan mendorong earwax lama secara semula jadi. Namun jika anda menggunakan putik kapas, ianya dapat menolak earwax lebih dalam lagi ke saluran telinga anda. Anda juga mungkin akan merosakkan kulit saluran telinga anda yang sensitif atau gendang telinga anda.

Penumpukan earwax dalam telinga jarang berlaku. Menurut satu kajian, hanya 1 dari 10 kanak-kanak dan 1 dari 20 orang dewasa mempunyai masalah ini. Kira-kira 3 dari 10 orang tua dan orang yang kurang upaya mungkin mempunyai lebih banyak masalah lilin telinga.

Tanda-tanda terlalu banyak earwax atau lilin telinga tersekat dan menyekat saluran telinga adalah seperti:

  • Sakit atau gatal dalam telinga
  • Rasa telinga anda tersumbat
  • Telinga berdesing
  • Hilang pendengaran
  • Berbau
Sekiranya anda mempunyai simptom-simptom seperti di atas, anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor atau penyedia perkhidmatan kesihatan.